Lali dengan kecaman netizen, terbaru, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli dikecam menjalankan perniagaan haram pula selepas membeli sebuah banglo berharga RM5 juta di Bangsar, Kuala Lumpur. Berkongsi tangkap layar laporan mStar di Instastory, Iqbal menjelaskan kejayaannya hari ini adalah usahanya yang dilakukan diam-diam selama ini. Terdahulu, Iqbal berkata kepada mStar bahawa dia bakal berpindah ke kediaman barunya itu selepas sebulan melakukan urusan jual beli daripada pemilik asal. "Sekarang ini rasanya lebih mudah tinggal di tengah-tengah bandar. Rumah ini bukan sahaja untuk tempat tinggal tetapi boleh dijadikan pejabat untuk saya bekerja. "Dapat rumah baharu mestilah saya juga mahu perabot baharu. Perabot lama ada yang akan saya bagi kepada orang lain dan jual semula dengan harga lebih murah. "Selain siapkan bilik untuk anak, saya juga akan buat rumah untuk kucing-kucing saya nanti. Rasanya jumlah keseluruhan untuk pindah rumah ini tidak kurang daripada RM7 juta," katanya kepada mStar. Iqbal juga berharap kediaman baru ini dapat dimanfaatkan kepada orang lain seperti mengadakan majlis agama dengan menjemput anak pelajar tahfiz atau anak yatim. Walaupun baru sahaja diubah suai oleh pemilik sebelum ini, Iqbal tetap mahu melakukan sedikit kerja-kerja pengubahsuaian dan mengubah hiasan dalamannya mengikut citarasa sendiri Iqbal sebelum itu berkongsi kepada Kosmo! Onlinemengenai tip menjaga seluar dalam. “Minta maaf saya nak jawab soalan ini dengan serius. Saya beli banyak supaya boleh tukar dua hingga tiga helai sehari. “Dahulu sewaktu tidak mampu, saya sangat berkira dan fikir ‘sudahlah mahal, bukannya orang nampak’. Sedangkan seluar dalam lebih penting daripada pakaian lain. “Jaga kebersihan, jangan pakai yang sudah koyak. Seolah-olah kita tak jaga kebersihan,” kongsinya. Kalau Datuk Seri Vida ada beberapa perabot untuk koleksi tudungnya, mungkinkah Iqbal bakal menyediakan perabot khas untuk seluar dalamnya pula? - CARI
|
shinyoung replied at 2-7-2022 02:34 PM
Asl sembang je berjuta..hebat founder2 ni kalah elon musk
miss_perfect replied at 2-7-2022 03:50 PM
Sebenarnya dia ni meniaga apa?
dejure replied at 2-7-2022 03:04 PM
Aku kalau setakat tunjuk gambar sign2 ni sorrylah mmg takkan percaya.kau tunjuk dulu segala geran ru ...
shinyoung replied at 2-7-2022 02:34 PM
Asl sembang je berjuta..hebat founder2 ni kalah elon musk
dino replied at 2-7-2022 02:20 PM
dok kwsn elit tp bengap wat apa
cer mingle dgb geng elit tu mesti depa krik2 tgk ko sembang
ADVERTISEMENT