Shuk Sahar membuatkan ramai tertanya-tanya selepas dia muncul di mahkamah bersama seorang peguam. Rakaman tersebut dimuat naik di akau TikToknya.
Shuk seolah-olah memberi bayangan rumah tangga dengan isteri, Rossa Serra akan tamat tak lama lagi. "Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya," tulisnya sebagai kapsyen.
Di ruangan komen ramai yang sedih melihat perjalanan hidup pasangan terbabit. Antara komen: "Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya. "Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik. "Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan." Sebelum ini Serra yang muncul dalam Meletop berkata, "Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri. "Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja. "Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia." Shuk dan Serra 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. Sama-sama kita nantikan pengesahan dari mereka.-CARI
|
teen_angelJB replied at 1-7-2022 11:30 AM
Pkai la elok sikit...ketatnye jeans...rengas tengok
laksmanabentan replied at 1-7-2022 11:36 AM
rujuk jer laa senang....
sera tu pun okay jer rujuk kannn...
xde la meroyan... merempan sana sini... ...
shernazz replied at 1-7-2022 11:36 AM
@green~tea
Ni hah beritanya shuk sahar tu..
tomiko_haza replied at 1-7-2022 11:46 AM
toksah la cari penyakit, dh cerai tu buka je buku baru. kalau disakiti lg pun at least bkn dgn orn ...
laksmanabentan replied at 1-7-2022 12:02 PM
nanti berjela2 laaa story dia tu uoollssss...
merintih... meroyan... merempan.... hahahahahah.... ...
ADVERTISEMENT