CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Perkara Biasa,"-Air Bertakung Dalam Stadium Terengganu, Penonton Selamba Tonton Bola Sambil Berendam

1-7-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2100| Komen: 13

Kuala Terengganu: Ia perkara biasa bukan luar biasa," itu kata Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), A Zulkefli Mohammad berhubung air hujan bertakung di tempat duduk penonton di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.


Kejadian itu berlaku di tempat duduk penonton bawah ketika aksi Liga Super membabitkan pasukan tuan rumah, Terengganu FC (TFC) bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC).

Beliau berkata, situasi itu adalah perkara biasa setiap kali hujan lebat, namun keadaan berkenaan tidak lama kerana air akan mengalir ke dalam longkang dengan cepat bergantung keadaan hujan.


Foto: Harian Metro

"Jika hujan lebat, air akan bertakung, situasi ini adalah biasa, bukannya luar biasa, tapi selepas kira-kira 10 minit air dari atas itu akan mengalir ke dalam longkang.

"Padang bola pun air bertakung hanya seketika, inikan pula tempat duduk aras paling bawah penonton itu, lagipun tempat berkenaan adalah salah satu saluran keluar air.

"Harap peminat terutama daripada pasukan lawan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak sepatutnya kerana peminat setia skuad tuan rumah sudah mengetahui dan memahami situasi itu setiap kali hujan lebat melanda," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan berkata, pihaknya sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku.

"Kita sentiasa memantau keadaan itu termasuk aliran air supaya tidak tersumbat, lagipun ketinggian air tidak menentu, tapi tidak melebihi satu kaki (0.3 meter), namun ia tidak menjadi masalah kepada pengurusan pihak stadium," katanya.

Terdahulu tular dalam laman sosial selepas penonton pasukan pelawat memuat naik gambar kaki mereka berada dalam air sehingga paras lutut selepas tempat duduk mereka digenangi air susulan hujan lebat.

Dalam hantaran daripada Ultras Nogori 9 itu menyatakan ,"Memang moden Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ni. Ada sungai kat 'seat' (tempat duduk) penyokong. Silap2 kojap laie penyu mendarat nak bertelur," katanya.

Dalam perlawanan malam tadi yang berkesudahan terikat 0-0, perlawanan terpaksa dihentikan sejam oleh pengadil, Mohamad Zamzaidi Katimin sebelum disambung semula memasuki minit ke-14 kerana hujan lebat disusuli kilat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nesloice 1-7-2022 10:39 AM
ni baru betul 4dx
Quote Mary_jane 1-7-2022 10:51 AM
Tak lemas ke hoi? Gambar tu dah macam meme pun ada.
Quote mejaputih 1-7-2022 10:52 AM
Dah kenapa jadi lagu ni?
Quote cikatilia 1-7-2022 11:02 AM
sejuk wei
terkencin
Quote Mulotkoyak 1-7-2022 11:05 AM
Kecut laaa kepala nonok dia kan
Quote tomiko_haza 1-7-2022 11:08 AM
aje gile berendam terus kome yek hahaha...maybe dia saja wat cmtu..sambil tgk bola bole main air gedebush2
Quote Carcosa 1-7-2022 11:19 AM
Abis phone sorok kat mana? Celah bontot??
Quote shernazz 1-7-2022 11:21 AM
cikatilia replied at 1-7-2022 11:02 AM
sejuk wei
terkencin

Dalam.berendam.tu
.kencing dolu..masa air dok mengalir tu.
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 11:25 AM
apo kono la kalian???

Quote Decaffeinated 1-7-2022 11:29 AM
Cakap ja front row tu memang design dual purpose macam SMART tunnel.

Masa hujan suruh duduk belakang. SMART tunnel ditutup.
Quote Shazid 1-7-2022 11:56 AM
lawaklah...gigih berendam ek...nmpk sgt menipu
Quote kakikuDibibirmu 1-7-2022 04:02 PM
Ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustakkk mung tunggung akung datanggg, mung ni pung, mung pahang dokgi? Guaner nim?
Quote FOTHER-MUCKER 1-7-2022 04:04 PM
Itu semua sudah ketentuan!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.158979 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top