CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Bunuh Diri Selepas Tertinggal Bayi Dalam Kereta Sampai Mati Kepanasan

1-7-2022 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2043| Komen: 11

Seorang bapa bertindak membunuh diri selepas menyedari bayi lelakinya berusia 18 bulan meninggal dunia akibat ditinggalkan dalam kereta selama beberapa jam.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu meninggalkan anaknya di dalam kereta selama sekurang-kurangnya tiga jam, dalam kejadian di Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Polis Chesterfield Leftenan Kolonel Christopher Hensley.

Foto:WTMZ

Polis mengesyaki bapa mangsa pergi bekerja pada waktu pagi dan terlupa menghantar anaknya ke pusat jagaan.

Menurut saluran cuaca, The Weather Channel, suhu di Chesterfield, Virginia, mencapai paras tertinggi 27 darjah celsius pada hari tersebut.

Hensley berkata, si bapa menyedari anak kecilnya masih berada di dalam kereta selepas mendapati anaknya tidak berada di taska.

Pada tengah hari, ahli keluarga mangsa menghubungi polis bagi melaporkan lelaki berkenaan mahu membunuh diri di hutan di belakang rumah.

Anggota polis kemudian menjumpai mayat lelaki tersebut, yang mengalami kecederaan parah akibat menembak diri sendiri.

Menurut No Heat Stroke, bayi berusia 18 bulan itu merupakan kanak-kanak ketujuh maut di AS akibat ditinggalkan di dalam kereta, setakat tahun ini. -CARI

Sumber: mStar/ Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 1-7-2022 09:50 AM
Allahukbar mmg boleh depression ye, sebab terbayang2 mcamana siksanya anak tu nak mati
Quote Nham22 1-7-2022 10:04 AM
Yela hidop pon dibenci isteri... Baik mati...
Quote Nurul8001 1-7-2022 10:21 AM
Bukan kat Malaysia je ada tinggal anak. Kat ovesi pun ada. Kokesen kah?

Agaknya, acik2 porem yg mengecam berlebihan mak pak malaysiana yg terbuat mcm ni, akan puas hati kalo mak pak tu pun mati bunuh diri. Anak boleh buat baru katanya
Quote tomiko_haza 1-7-2022 10:38 AM
alahaiii siannya..mesti rase bersalah sgt2..disturbing btol kes cmni..
Quote Bedah.Cun 1-7-2022 10:39 AM
Parents kat malaysia neh, anak mati kepanasan nanti buat anak balik ganti.
Quote Suchi 1-7-2022 10:53 AM
Sedihnya
Tanak menghakimi apa2 sebab rasa bersalah memang sangat memeritkan
Quote liton 1-7-2022 10:55 AM
Kalau kat Malaysia ni...penuh komen anak syurga, sampai klu komen salahkan makpak terus kena hentam berjemaah.
Quote Carcosa 1-7-2022 11:20 AM
Depress lah lepas baca news ni
Quote tripleid 1-7-2022 11:26 AM
Edited by tripleid at 1-7-2022 11:27 AM

kalo kes gini kat Msia..bapak tu bersedih seminggu pastu rilek2 jah buat anak lain pulak sesambil bangga dok jaja cerita anak dia yg mati tu dah jadi anak syorga..
Quote Decaffeinated 1-7-2022 11:54 AM
Dia rasa seperti pembunuh. Kalau merugikan syarikat pun dah rasa tak guna hidup apa lagi anak mati sebab kecuaian sendiri.

Ummah tanah air lambat lagi lah nak ada rasa tanggungjawab sebegitu.

Quote Shazid 1-7-2022 12:11 PM
Alahaiiii..kesianya!!!

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.070918 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top