View: 1263|Reply: 11
|
Bapa Bunuh Diri Selepas Tertinggal Bayi Dalam Kereta Sampai Mati Kepanasan
[Copy link]
|
|
Seorang bapa bertindak membunuh diri selepas menyedari bayi lelakinya berusia 18 bulan meninggal dunia akibat ditinggalkan dalam kereta selama beberapa jam.
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu meninggalkan anaknya di dalam kereta selama sekurang-kurangnya tiga jam, dalam kejadian di Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Polis Chesterfield Leftenan Kolonel Christopher Hensley.
 Foto:WTMZ
Polis mengesyaki bapa mangsa pergi bekerja pada waktu pagi dan terlupa menghantar anaknya ke pusat jagaan.
Menurut saluran cuaca, The Weather Channel, suhu di Chesterfield, Virginia, mencapai paras tertinggi 27 darjah celsius pada hari tersebut.
Hensley berkata, si bapa menyedari anak kecilnya masih berada di dalam kereta selepas mendapati anaknya tidak berada di taska.
Pada tengah hari, ahli keluarga mangsa menghubungi polis bagi melaporkan lelaki berkenaan mahu membunuh diri di hutan di belakang rumah.
Anggota polis kemudian menjumpai mayat lelaki tersebut, yang mengalami kecederaan parah akibat menembak diri sendiri.
Menurut No Heat Stroke, bayi berusia 18 bulan itu merupakan kanak-kanak ketujuh maut di AS akibat ditinggalkan di dalam kereta, setakat tahun ini. -CARI
Sumber: mStar/ Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Yela hidop pon dibenci isteri... Baik mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kat Malaysia je ada tinggal anak. Kat ovesi pun ada. Kokesen kah?
Agaknya, acik2 porem yg mengecam berlebihan mak pak malaysiana yg terbuat mcm ni, akan puas hati kalo mak pak tu pun mati bunuh diri. Anak boleh buat baru katanya |
|
|
|
|
|
|
|
alahaiii siannya..mesti rase bersalah sgt2..disturbing btol kes cmni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Parents kat malaysia neh, anak mati kepanasan nanti buat anak balik ganti. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya
Tanak menghakimi apa2 sebab rasa bersalah memang sangat memeritkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Malaysia ni...penuh komen anak syurga, sampai klu komen salahkan makpak terus kena hentam berjemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
Depress lah lepas baca news ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 1-7-2022 11:27 AM
kalo kes gini kat Msia..bapak tu bersedih seminggu pastu rilek2 jah buat anak lain pulak sesambil bangga dok jaja cerita anak dia yg mati tu dah jadi anak syorga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia rasa seperti pembunuh. Kalau merugikan syarikat pun dah rasa tak guna hidup apa lagi anak mati sebab kecuaian sendiri.
Ummah tanah air lambat lagi lah nak ada rasa tanggungjawab sebegitu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|