Pantai adalah kawasan yang sering kali menjadi pilihan bagi mana-mana individu khususnya keluarga yang ingin meluangkan masa bersama.
Tidak hairanlah sekiranya lokasi itu mempunyai banyak 'harta' berharga yang hilang terkubur di bawah timbunan pasir.
Di Port Dickson, Negeri Sembilan, Suhaimi Razali tekun menggunakan sebatang alat pengesan besi (metal detector) dan penyodok tanah bagi mencari barang-barang besi yang mungkin tertanam di gigi air dan persisiran pantai Batu 8, Teluk Kemang.
Sumber Bernama
Berdasarkan perkongsian di FB Bernama, Suhaimi, 35, yang bekerja sendiri melakukan aktiviti itu sebagai hobi bagi mengisi masa lapang.
Antara barang berharga yang dijumpainya adalah barang kemas seperti rantai, cincin, loket dan gelang tangan.
Barang kemas yang dijumpai akan diiklankan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya (MD Miebinjai Saudagar Emas) untuk mencari pemilik barang kemas tersebut.
Sumber FB
Selain itu, aktiviti mengesan besi itu juga adalah usahanya untuk membantu mencari benda-benda tajam yang boleh membahayakan pengunjung. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Ada tengok kat IG hari tu, macam ni jugak la. Omputih dr Finland x silap. Barang2 yg dia jumpa, dia akan post kat IG dan iklankan sampai satu tempoh. Kalau takde yg menuntut, dia jual dan bagi hasil jualan dengan badan2 charity kat sana. Pantai la tempat paling banyak jumpa benda2 berharga gini.
pernah tengok geng2 metal detector ni korek pelbagai tempat. paling kerapnya di kawasan pantai. Tak dinafikan ada yang terjumpa barang kemas. apa yang terjadi selepas itu? Saya pun tak tahu la sebab ada yang tulis 'Alhamdulillah rezeki hari ini".
So, berbeza dengan abang yang dalam berita ini di mana dia berusaha mencari pemilik barang kemas. Itu perbuatan yang mulia dan diharap dapat dijadikan sebagai contoh oleh ahli Metal Detector yang lain.