Hanya kerana dijeling, seorang lelaki tergamak membaling dua baldi ke arah adiknya serta menamparnya. Tidak hanya setakat itu, lelaki itu juga menjirus air teh suam di seluruh tubuh neneknya yang berusia 64 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Tasik Tambahan kira-kira jam 9.30 malam.
Kata Mohamad Farouk lagi, baldi yang dibaling itu terkena pada belakang badan mangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak
Memetik laporan Harian Metri, adik perempuan suspek yang berusia 23 tahun ketika itu berada di rumah melihat abangnya, 25, pulang dalam keadaan marah.
"Mangsa mengalami kecederaan tisu bahu manakala neneknya cedera di pipi. Kedua-dua mangsa mendapat rawatan di Hospital Ampang," katanya.
Susulan itu, sepasukan polis menahan suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada jam 8.26 semalam.
"Punca kejadian kerana adiknya menjeling ke arah suspek yang ketika itu pulang rumah. Turut dirampas dua baldi yang digunakan semasa kejadian," katanya.
Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
bab baling baldi tu biasa la kalau gaduh adik beradik..bukan berat sangat.tapi kurang hajar kat nenek tu tak boleh di ampun walaupon air teh suam.pon begitu tahniah untuk adik kerana berani report polis...kalau la ai masa remaja dulu pandai report polis masa abang ai pukul...( zaman tak ada internet)