Penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Syantik, Siti Badriah dan suaminya, Krisjiana Baharudin telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut rumah sebagai salah satu langkah untuk memantau keadaan bayi perempuannya, Xarena Zenata Denallie Baharudin.
Menurut Krisjiana, niat memasang CCTV di seluruh rumah itu memang dilakukan sama seperti yang sudah dirancang sebelum ini kerana tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada anaknya.
"Kami menunggu dua tahun untuk mendapatkan anak. Ia bukan perkara yang mudah. Kami menunggu lama. Jadi, wajarlah kalau kami sangat berhati-hati.
"Saya pasang CCTV di setiap sudut rumah. Tindakan ini kami lakukan kerana takut. Sekarang ini ada macam-macam kes pengasuh melakukan perkara tak elok kepada anak-anak asuhannya.
"Saya takut, manalah tahu pengasuh beri ubat tidur kepada anak. Jadi, untuk mengurangkan risiko perkara itu terjadi, saya pasang CCTV," kata Krisjiana seperti yang dilaporkan oleh Kompas.com.
Sibad yang melahirkan anak pada 18 April lalu bagaimanapun tidak dihalang oleh Krisjiana sekiranya wanita itu ingin kembali aktif dalam dunia seni.
Namun, Krisjiana mahu Sibad, buat masa ini ada bersama anak mereka sementara dia keluar untuk bekerja. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My