Sebelum ini, kita pernah mendengar khabar angin yang mengatakan subsidi minyak masak akan dihentikan dan kita dapat tahu bahawa ianya adalah berita palsu, tetapi ia tidak menghentikan mereka yang berkejar ke pasar raya untuk membeli minyak masak paket. Memetik Harian Metro, Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata mesyurat dimaklumkan ramai pengguna membeli lebih daripada keperluan kerana berita palsu mendakwa subsidi ditarik balik. Difahamkan, semua minyak masak bersubsidi hanya dikeluarkan dalam paket satu kilogram dan penjualannya akan dipantau oleh KPDNEP berdasarkan undang-undang sedia ada. Dalam pada itu, Annuar berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sudah diminta untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaut keuntungan berlebihan menerusi penjualan semua minyak masak paket secara atas talian. -CARI |
KamikuP replied at 1-7-2022 02:57 PM
Iolls lama nak tanya apa beza kualiti minyak paket dgn minyak botol. Samakah dari segi kualiti atau ...
star_karat replied at 1-7-2022 04:44 PM
Orang Felda cakap harga sawit jatuh teruk. Ni apasal pulak harga minyak naik?
ADVERTISEMENT