Umat Islam diingatkan untuk kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan ketika berhadapan perselisihan faham.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika. Tegasnya, bibit-bibit perpecahan boleh ditangani sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran paling asas dengan berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. "Mukjizat al-Quran secara keseluruhan menyerlahkan semangat kesatuan dan antara falsafah kesatuan yang kerajaan pilih ialah Keluarga Malaysia yang bertepatan dengan ajaran dari al-Quran dan sunnah Rasulullah,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Syeikh Dr Muhammad Abdul Karim Al-Issa.
|
ultra78 replied at 1-7-2022 06:32 AM
Janganlah kecam PM,dia bercakap di sidang ulama,mestilah dalam skrip kena sebut al-quran dan hadis.: ...
kakikuDibibirmu replied at 1-7-2022 06:51 AM
Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah selesai perselisihan harga siling ayam- PM {:1_5 ...
airmineral replied at 30-6-2022 10:19 PM
vavik
selamani ko xbaca quran ke mail?
ADVERTISEMENT