Perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi malaysia yang melanda tercetus apabila isu pakaian dipakai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencecah RM7,000.
Dalam masa sama, ada kenyataan daripada netizen menyarankan Perdana Menteri sepatutnya membanggakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan. Isu tersebut menarik perhatian Pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, secara langsung menepis dakwaan netizen di akaun Tiktok peribadinya, MamaCT RAIFILI bahawa dakwaan netizen yang mempersoalkan Ismail Sabri terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa adalah kurang tepat.
Sebaliknya, beliau seorang yang berjiwa Melayu dan bangga dengan rekaan anak tempatan. Ismail bersama pengasas raifili batik Siti Fitryah Harun Buktinya, pemakaian batik Raifili menjadi pilihan beliau ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu. Menurut Siti Fitryah, dia teruja dan bangga apabila melihat Dato Sri Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan Batik moden. Malah, mereka sendiri turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai menghargai batik menerusi Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam. Sumber: Suara Merdeka
|
Belibis replied at 30-6-2022 08:58 PM
Pakai jer la baju rega 100k punnnn,dah ko mampu...tapi tolong jangan buat muka seposen kununya sedih ...
tahanie replied at 30-6-2022 10:39 PM
Ni brand yg supply batik free kat orang gomen. Marketing. Next
ADVERTISEMENT