CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Myvi Setaraf Harga Emas

30-6-2022 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3109| Komen: 21

Description: Dengan tarikh serahan kereta baharu yang lambat, Perodua Myvi terpakai di bawah lima tahun kini menjadi rebutan di pasaran.
Dengan tarikh serahan kereta baharu yang lambat, Perodua Myvi terpakai di bawah lima tahun kini menjadi rebutan di pasaran.

China Press melaporkan, Myvi yang mendapat jolokan “kereta lumba rakyat Malaysia” juga merupakan “anak emas” peniaga kereta terpakai kerana jenama itu laris dan dapat dijual dalam masa singkat.



Dengan permintaan terhadap kereta terpakai meningkat, harganya juga melambung selari dengan keadaan pasaran.

Seorang jurujual memberitahu, harga asal Myvi adalah sekitar RM56,000 lima tahun lalu, tetapi kereta terpakai jenama itu masih boleh dijual sehingga RM50,000 selepas dipakai lima tahun.


“Harga kereta Myvi setaraf harga emas pada masa ini,” kata jurujual itu.

Seorang peniaga kedai kereta terpakai pula berkata, harga Myvi baharu pada 2018 adalah RM53,800 dan kini dapat dijual dengan harga RM48,000 sebagai kereta terpakai.

“Harganya adalah RM42,300 sebelum ini, tetapi harga sudah naik sekarang,” katanya.


Foto: Carlist

Mengenai harga kereta Perodua Kembara lama yang mencecah RM20,000, pemilik kedai kenderaan terpakai berkata, keadaan itu tidak mengejutkan.

“Kembara bukannya lemah, tetapi menggunakan enjin sama jenis dengan Myvi.

“Dengan fungsi pacuan empat roda, kereta ini boleh digunakan untuk mengangkut barang, oleh itu harganya memang boleh tahan selama ini,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-6-2022 05:44 PM
Perodua patut keluarkan Kembara versi baru. Tahan betul kereta tu. Bawak masuk jalan kampung jalan syaitan pum helok je. Eh tapi mana2 kereta Perodua memang tahan lasak. Termasuk Kancil yach.
Quote zarulnazmi 30-6-2022 06:14 PM
Harga emas. Patutlah pemandu dia atas jalan raya berlagak macam king tapi perangai macam tunggang babi.
Quote Artemesiaa 30-6-2022 06:18 PM
Minyak dah mahal ramai cari kereta jimat minyak, kereta guna minyak mahal duduk dalam garaj je sementara
Quote cheezel 30-6-2022 06:58 PM
Myvi b40 drive kete cm haram. Kena lari cepat kalau nampak myvi bezza atas jalan
Quote Samerosie 30-6-2022 07:08 PM
Eh myvi i 2018 tapi keluar Jan 2019, boleh la test market kalau dapat 53k ok gak.  Tukar keta tinggi sikit rush ke aruz sekarang kan suka banjir.  Senang perodua and proton belakang rumah je hantar service convenient.
Quote Samerosie 30-6-2022 07:17 PM
cheezel replied at 30-6-2022 06:58 PM
Myvi b40 drive kete cm haram. Kena lari cepat kalau nampak myvi bezza atas jalan

I drive myvi, i pun lari kalau ada waja ke bezza around.
Quote vespa_oren 30-6-2022 07:22 PM
dulu aku beli bezza advance sebulan dh dpt, kawan aku book dkt setahun x dapat lagi
Quote Radzor 30-6-2022 08:05 PM
Myvy sblm ni cantek.. yg baru facelift punya mcm kurengg skit
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2022 09:54 PM
perodua myvi terbang









kalau viva terbang lagi dahsyat, langgar kapalterbang terus







Perodua myvi is the king

















Quote mizzmimi 1-7-2022 12:00 AM
Haha.. MAIBI is THE king of the road

KING KONG [em:4:]
Quote tukul 1-7-2022 12:12 AM
Samerosie replied at 30-6-2022 07:17 PM
I drive myvi, i pun lari kalau ada waja ke bezza around.

Wira pun leh tahan u...i mmg lari jauh2 tgk.kereta ni
Quote zuriey 1-7-2022 08:29 AM
Next year perodua nak keluar model baru lagi..
alza baru blm launching dah 6k tempahan..
Quote green~tea 1-7-2022 08:35 AM
kakikuDibibirmu replied at 30-6-2022 09:54 PM
perodua myvi terbang



Hahahhahahahhahahaha


Hebat skill pilot myvi ni.. merata2 dia mampu mendarat/landing
Quote green~tea 1-7-2022 08:42 AM
Edited by green~tea at 1-7-2022 08:43 AM

But i heard byk kereta2 perodua mcm myvi, axia, bezza, even honda jazz, mmg hot cakes sekarang ni, ada yang naik value within used car market...

Cuma nya honda jazz tu naik harga sbb its very reliable car and discontinued.. so orang2 seeking for the model sbb sentimental value behind it
Quote Samerosie 1-7-2022 10:07 AM
tukul replied at 1-7-2022 12:12 AM
Wira pun leh tahan u...i mmg lari jauh2 tgk.kereta ni

Cuma complain i myvi ni ac filter dia tak bagus, kalau keta wira ke waja ke yg ekzos asap hitam tu or motor preng preng depan kita, bau kuat masuk dlm keta kita.  Kalau soundproof tu memang yelek la kan but expected la.  Mula2 guna myvi banyak kali i complain pasal ni tapi tak leh buat apa.  Anybody ada any tips tak?  
Quote Samerosie 1-7-2022 10:11 AM
zuriey replied at 1-7-2022 08:29 AM
Next year perodua nak keluar model baru lagi..
alza baru blm launching dah 6k tempahan..

Avanza Veloz masuk tak mesia?  I cuma keta2 ni je minat sebab service centre around here je, kalau nissan ke honda ke jauh tak koser nak ke puchong ke nilai ke banting.
Quote cmf_acura 1-7-2022 10:41 AM
jual kat pasaran memang mahal.. tapi used car ambil tetap murah....
Quote NurAlia14 1-7-2022 10:54 AM
Alza baru blm launching sampai la dh hbs 0 sst..kenapkah agaknya saja nk test market dgn keluar teaser sikit2 tu
Quote dekmieDandy 1-7-2022 11:20 AM
memang mahal giler myvi baru ni

dah taraf jazz dah harga dia secodnhand

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055395 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top