CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tunggu 4 Jam," - Fikirkan Anak Sakit, Zarina Zainuddin Tak Puas Hati Dengan Servis Hospital Swasta

30-6-2022 04:46 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 6204| Komen: 61|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin


Memang tidak dinafikan semakin hari semakin ramai pesakit di hospital dengan pelbagai jenis kes penyakit. Bagi anda yang pernah dimasukkan ke hospital, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda semestinya berkenaan dengan  servis perkhidmatan yang diberikan. Oleh disebabkan kini  ramai individu yang memiliki kad insuran medikal, maka sudah pasti ramai yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. 

Namun sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar berita yang tidak kurang enak didengari mengenai hospital swasta. Ramai yang mengatakan bahawa servis di hospital swasta semakin lambat namun bil yang perlu dibayar pula semakin mahal.  



Perkara yang sama juga terjadi kepada pelakon dan usahawan iaitu Zarina Zainuddin. Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram miliknya, Zarina telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan di sebuah hospital swasta. 

Menurut Zarina, tujuan dia pergi ke hospital itu adalah untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin untuk anaknya yang sedang demam panas. Namun apakan daya, dia terpaksa menunggu selama 4 jam untuk mendapatkan rawatan. Zarina akui dia berada marah kerana terpaksa menunggu terlalu lama seperti dia sedang berada di hospital kerajaan. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong luahan hati Zarina kerana rupa-rupanya ramai juga yang mengalami situasi yang sama. -CARI

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 1-7-2022 12:25 AM
Amboi bergerak2 filter..tao plak ttp muka takut muka xlekat filter hahaha..btw anak aku pn sama last week..tp bkn utk dpt rawatan tp nk dpt katil..dlm 6-7jam tunggu kt bwh smbil on drip
Quote yoyobulat 1-7-2022 01:01 AM
Buka hospital sendiri la kalau nak cepat.sekarang ni pegi mana2 hospital mmg ramai.sekolah buka,ramai budak2 silih ganti demam.dekat private pn nk kena tunggu 4 jam,apetah lagi hospital gomen.tu belum warded,entah2 engko kene parking tengah2 hallway ward
Quote mawarika 1-7-2022 01:39 AM
Aku g kol 1 2 pagi time anak demam panas. Senang sket takde org sgt.
Quote rain2169 1-7-2022 08:20 AM
aah laaa korang... filter dia gerak-gerak....
anyway moga dipermudahkan urusan dia....
Quote Pak.dolla 1-7-2022 08:26 AM
.
tp mmg betul, kalau gi sepital swasta guna insuran mmg lambat giler,
bukan salah pihak sepital tp salah pihak insuran
itu belum lagi tunggu nak ambil ubat..
pihak insuran kedekut dah la kita yg byr..
Quote miss_perfect 1-7-2022 08:50 AM
Ingatkan buat  video sebab nak bercakap meluahkan rasa tak puas hati ke rupanya saja tunjuk rupa yg difilter.
Quote Carcosa 1-7-2022 08:50 AM
Kakak oiii. Masalah ni mmg takkan selesai smp bila2. Buat lah complain byk mana pun. Tinggal sabar atau tak je. Saya masa pregnant, awal2 plk tu, pendarahan. Punnnn tunggu 6jam,kakak oiii. Redha je masa tu. Ingat mmg baby dah takde. Alhamdulillah Allah maha kaya. Saya doa tak putus2. 6 jam menunggu. Utk ultrasound je, kakak.
So nasihat saya, redh jelah
Quote fatimahmarkonah 1-7-2022 09:30 AM
Pak.dolla replied at 1-7-2022 08:26 AM
.
tp mmg betul, kalau gi sepital swasta guna insuran mmg lambat giler,
bukan salah pihak sepital tp  ...

Iols nk p specialist klinik dkt pantai. since anak iols batuk dia suh receive treatment dkt emergency. Dr mai bg treatment cpt je.tp sbb received treatment dkt emergency.bill issue by hospital bkn by clinic specialist tu. Da 2 kali kene. First tu sejam tggu bil. 2nd tu 2 jam tggu bill.da le bwak anak kecik. Iols email complain xda response langsung ye..
Quote nanasno 1-7-2022 11:29 AM
anak iols masuk spital kol 7malam pergi emergency, kol 12 pagi baru dapat bilik nek zarina.
Quote Samerosie 1-7-2022 11:50 AM
First time ke pergi A&E private?  Mana2 spital kan ikut triage system.  Kalau malam tu busy, dan kalau case you green, tunggu la sampai berjam2.  Nak cepat, you suruh la orang yg sakit tu buat2 sesak nafas terus bawa masuk.
Quote dejure 1-7-2022 11:53 AM
Hosp dia tgk juga kes tu yg mcm mana,klu setakat demam2 biasa ni mmg la lama menunggu,klu ko tu dah kritikal tinggal nyawa2 ikan cpt aje.bukan satu org dia nk layan.aku dulu masuk hosp gov ke,swasta ke cepat aje dpt rawatan.cuma nk tunggu katil tu ajelah lambat sikit.
Quote honeybee1802 1-7-2022 11:58 AM
Pak.dolla replied at 1-7-2022 08:26 AM
.
tp mmg betul, kalau gi sepital swasta guna insuran mmg lambat giler,
bukan salah pihak sepital tp  ...

Bab insurans ni betul jgk pak dol...dekat spital pun queue..dekat insurans sana pun queue...tp penah anak iols dah ada record kt spital tu..staf reg tu bg lepas ja...
Quote jijilaaa 1-7-2022 12:28 PM
Edited by jijilaaa at 1-7-2022 12:29 PM

kena tgk jugak private hosp mana kau pegi..i mmg tak puas hati dgn servis kpj and columbia.. last time my husband migrain, g columbia, dia bg jumpa nurse tua je. tu pun kena cas 1k (self pay)

buat masa skang i prefer sunway hosp..puas hati. i buat scope aritu kat sana. ada 1 nurse ni jaga je i dari awal i admit smpai i settle.
Quote Dolmat 1-7-2022 12:33 PM
FILTER BUKAN MAIN JAMBU MACAM SENORITA... DI LUAR FILTER.. BERKERAK KELABU ASAP..
Quote Madel 1-7-2022 12:40 PM
Product pulut kuning, lemang acik Z ni dah masuk pasaraya Lotus's
Harga leh tahan mahal, masalahny product gini tak basi ke berminggu2 kat rak.?..lain la kalau frozen.
Quote shernazz 1-7-2022 01:10 PM
jijilaaa replied at 1-7-2022 12:28 PM
kena tgk jugak private hosp mana kau pegi..i mmg tak puas hati dgn servis kpj and columbia.. last ti ...

Sunway mmg bagus
Kpj tengok tmpt kots juga atau doc
Hari tu iols bleeding..dia soh balik
Jilaka..
Esoknya tumpah darah sampai bocor pad..
Kelam kelibut depa ckp awat doc smalam.tak admit iols
Quote Samerosie 1-7-2022 01:20 PM
Madel replied at 1-7-2022 12:40 PM
Product pulut kuning, lemang acik Z ni dah masuk pasaraya Lotus's
Harga leh tahan mahal, masalahny  ...

Iols salah sorang yg telah membeli nya sebb dengar sedap bangat.  I ikut instruction macamana nak panaskan balik to the dot.  Buka2 hapak minyak, pulut keras, rendang kering.  Off to tong sampah perginya.
Quote Mary_jane 1-7-2022 01:37 PM
Terkujat tengok video orang menguap besar, mujur ada filter.
Quote Suchi 1-7-2022 02:00 PM
nanasno replied at 1-7-2022 11:29 AM
anak iols masuk spital kol 7malam pergi emergency, kol 12 pagi baru dapat bilik nek zarina.

Ni swasta ke gomen? Iols g gomen lepas maghrib dlm kul 7:30 pm camtu sbb anak demam n muntah tanak mkn risau la juga sbb masa tu dia baru sbln lepas sembuh covid risau long covid ke apa.
Panggil utk pemeriksaan tak lama tp tunggu nak masuk wad tu lama.
Kul 7.30pm sampai emergency kul 12.30am doc bitau kena tahan wad sbb result darah tak ok kurang garam bagai dan peparu  ada jangkitan kuman.
Tapi kul 5:30am baru la dibawa ke wad paed sepanjang mlm tunggu kat emergency tu anak iols duk kat kusi yg mcm kusi urut tu kena drip masuk air.
Gila ahh semalaman iols tak tidur, masuk wad pun kena duk wad isolasi dulu sementara result swab test blm kuar.
Siang hri tu pun iols tak tidur gak yela dah kena jaga anak kan. Bertahan la iols 24jam tak tidur huhu.


Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.108856 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top