Akhirnya, Puteri Sarah ambil tindakan saman terhadap Ira Kazar, wanita yang didakwa kacau suami dan rumah tangganya!
Kata Sarah, saman adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut selepas empat tahun pendam perasaan. "Empat tahun saya berdiam kerana mahu beri peluang. Kalau boleh nak selesaikan masalah ini tanpa melibatkan mahkamah dan tak perlu satu Malaysia tahu. Apabila sudah sampai tahap begini saya rasa ia biadab. "Memang selama ini ada niat hendak ambil tindakan, tetapi masa itu saya asyik terfikir apa akan terjadi kepada saya, perkahwinan dan keluarga.
"Selepas pulang dari umrah saya sangat yakin dengan keputusan ini. Saya juga ada buat solat istikharah dan nampak jalan apa yang harus dilakukan," katanya kepada mStar Online. Sarah hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam pada pagi Khamis untuk membuat aduan. Ira Kazar didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Syamsul dan menghantar pelbagai ugutan melalui pesanan di media sosial. Sarah melalui peguamnya menfailkan saman terhadap Ira di mahkamah sivil pda 26 Jun lalu dan wanita tersebut sudah menerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan dua hari kemudian.
|
Sazreena replied at 30-6-2022 12:57 PM
Ok finally...kita nantikan keputusannya. Kira penyondol je yg disaman, laki yang sama gatal melayan? ...
mendeluk replied at 30-6-2022 01:04 PM
Tabik sangat keputusan dia kali ini. Bab dia kata dah hambik hak orang, duduk lah diam diam. pastu n ...
rainbowrainz replied at 30-6-2022 12:50 PM
Anak perempuan dia comel
missHaidiD replied at 30-6-2022 05:10 AM
Kan.. Kecik2 da cntik. Besar nti lg cntik dr mak dia
Kalau ank sol dgn ik confirm rohingya
ADVERTISEMENT