CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rapat Dengan Scha Elinnea, Hubungan Hisyam Hamid Dan Isteri Bermasalah?

30-6-2022 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11321| Komen: 74

Description: Hisyam Hamid menafikan dakwaan rumah tangga dengan isteri, Rosmawati Hanafi bermasalah gara-gara keakraban dengan rakan gandingan, Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang ditayangkan di ...
Hisyam Hamid menafikan dakwaan rumah tangga dengan isteri, Rosmawati Hanafi bermasalah gara-gara keakraban dengan rakan gandingan, Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.


Hisyam, 37, menegaskan dia masih berpegang kepada prinsip untuk meletakkan batas kepada bidang kerjaya dan perihal peribadi.

Foto: IG

"Selama lapan tahun berkecimpung sebagai pelakon sepenuh masa, saya dan isteri, Mel tidak pernah bergaduh atau mempunyai masalah berhubung isu sebegitu kerana dia faham saya bagaimana.

"Sepanjang saya menjadi pelakon, tidak pernah ada masalah sebegitu dan saya harap takkan ada masalah. Jadi tiada masalah isu 'baby' atau 'sayang' dengan orang lain.


"Isteri tahu saya bagaimana apabila membabitkan hal kerja kerana apa yang penting saya masih berpegang kepada prinsip, apa yang dibuat untuk kerja hanya untuk kerja," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Hisyam berkongsi memanggil pasangannya Scha Elinnea sebagai 'B' atau 'baby' setiap kali di lokasi penggambaran bagi mencipta keserasian.

Hisyam berkata, pendekatan itulah yang membuatkan watak mereka sebagai suami isteri menjadi lebih hidup tanpa terbit sebarang niat mahu 'menggatal' dengan pelakon wanita itu.




Hisyam juga menegaskan pendekatan itu hanya di set penggambaran saja, malah isterinya, Rosmawati atau lebih mesra dengan sapaan, Melrose juga turut memahami. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 30-6-2022 02:58 PM
jangan la wei. sayang rumah tangga. boleh x dah berlakon ngn partner yg dah kahwin x payah sibuk nak mengeship juga geli la
Quote SherryZass 30-6-2022 03:00 PM
Bolehlah asalkan ada gossip ye nyahhh, nak lakukan drama ke?
Quote mesmerize 30-6-2022 03:01 PM
Tak payah la Hisyam.
Baik ko kekal ngan bini ko je.. anak2 pun dah besar. Malu kat anak2
Quote tootii 30-6-2022 03:04 PM
tak sesuai pun .. aku pelik kenapa la derang jadi hero ngan heroin dlm citer ni .. padahal dan macam anak ngan bapak okeh ..  
Quote Mary_jane 30-6-2022 03:28 PM
Takde heroin lain ke?
Quote kemala.sigh 30-6-2022 03:35 PM
Apebenda ni lately byk sangat kes sailing laki orang ni... naizubillaah. Yang laki pon, pikio la bini & anak2 dulu before start merenyammm. Adoiii
Quote suterabiru123 30-6-2022 03:36 PM
takkan pokok bergoyang kalu tak de angin... rugi la hisham...isteri dh elok ,..anak2 dh besar... selama ni pon clean je dr gosip... sbb drama sampah..heroin rempit hancur rumah tangga.... rugi sangat...
Quote viva_gerl 30-6-2022 03:50 PM
Something is fishy. HH dah lama tak post gambar dgn wife until 2 days ago.
Quote lolipopmanish 30-6-2022 04:00 PM
Jeng jeng jenggggggggg
Quote hyie 30-6-2022 04:00 PM
alah promo untuk drama je uols. Biasalah tu. Iols pon folo ig heols
Quote shiraloveyou 30-6-2022 04:29 PM
Tolong jangan buat hal ye HH...dari org minat, boleh jadi benci kalau buat perangai tak senonoh..jangan nak jadi shuk 2.0 plk...
Quote twinkystar 30-6-2022 04:42 PM
Edited by twinkystar at 30-6-2022 04:44 PM

HH dgn Scha punya chemistry menjadi juga dlm drama ni, tapi HH ni dari start berlakon mmg dh suami orang kan, tetiba plak ada gossip, ada terbaca komen dekat tiktok komen kata hal suami isteri x de kaitan dgn heroin dia ni. Doakan jela dorg okay suami isteri walaupun LDR, anak2 pun dh besar
Quote minahmanja 30-6-2022 08:49 PM
viva_gerl replied at 30-6-2022 03:50 PM
Something is fishy. HH dah lama tak post gambar dgn wife until 2 days ago.

aku rasa since covid or b4 that, mmg wife dia duk spore.. anak2 pun skolah sana.. b4 border bukak kan dia penah ckp pjj ngan wife.. but since border bukak ni mcm nmpk ade je dia balik spore ..
Quote aemon 30-6-2022 09:10 PM
alamak,heroin gro betul2 menyondol kah?
Quote Aneem 30-6-2022 09:19 PM
Bila dh masuk forom, keberangkalian tu 80% betul.
Quote musangbodoh 30-6-2022 09:34 PM
dalam drama angkat2....ape salahnya me@%$....errrrrrr eh ape aku tulis nie............
Quote beatgirlX 30-6-2022 09:49 PM
Harapnya bebetul la gossip ye...
Org pompuan ni luaran je nampak kuat..blh terima..tapi bila dah jd..dia je rasa pedih dan terluka..sbgainseorg suami ko le kena pandai jarakkan..
Quote dua_chzy 30-6-2022 09:49 PM
Tu la kau. Panggil lagik co star kau baby2.
Quote missHaidiD 30-6-2022 10:06 PM
Pompuan  pakaian cm bogel jgk ke hisyam ni pndang.  Elok2 bini tutup semua khas utk ko je.  Betina yg pakai pakaian cm berbogel tayangan umum yg ko pndang

Kalau betol dah bole boikot org spore ni

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.110320 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top