CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengunjung 'Jakun' Seret Anak Jerung Ke Pantai Untuk Selfie

30-6-2022 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1189| Komen: 2

Satu insiden dirakam di pantai Itali menunjukkan sekumpulan pengunjung menyeret seekor jerung ke pantai untuk swafoto. 

Daily Star melaporkan, kejadian dirakam di sepanjang pantai Fontanamare di bandar Gonnesa di Pulau Sardinia, Itali minggu lalu.

Dipercayai, ikan malang itu adalah jerung biru iaitu spesies yang dianggap kebanyakannya tidak berbahaya kepada manusia.



Jerung itu akhirnya ditolak semula ke laut selepas beberapa pengunjung pantai menyelar mereka yang terbabit dengan aktiviti berkenaan.

Rakaman itu mencetuskan kemarahan di media sosial, dengan ramai yang menuduh kumpulan itu mengheret jerung itu ke pantai untuk bergambar dengannya.



Bagaimanapun, seorang saksi mendakwa pengunjung pantai sebenarnya menyelamatkan nyawa jerung itu.

"Saya ada di sana. Jerung itu 'mendarat' sendiri beberapa kali. Akhirnya, ia boleh dibawa ke tempat selamat terima kasih kepada orang pintar di sana," katanya.



Aktivis hak asasi haiwan Enrico Rizzi mengupah sebuah firma guaman untuk meneliti perkara itu, menurut media tempatan.

"Dalam rakaman itu, beberapa perenang kelihatan di dalam laut. Ada yang berniat untuk menyeret seekor jerung kecil keluar dari air.

"Haiwan itu kelihatan sangat menderita, sehingga menimbulkan kemarahan beberapa pengunjung pantai lain yang hadir. Orang lain meminta mereka yang menyeretnya keluar dari air untuk mengembalikannya (ke laut).


Kredit foto: Central European News

"Kini, jelas bahawa kelakuan mereka yang menyebabkan haiwan malang itu terkeluar secara literal dari habitatnya, menyebabkannya terseksa dan menderita," kata peguam, Alessio Cugini Borgese.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 30-6-2022 09:27 AM
bole tak buang 'Jakun' kat tajuk tuh? pelahap pasta yg berperangai caprut, bangsa lain pulak jd mangsa.
Quote jari10 30-6-2022 09:31 AM
dani-rox replied at 30-6-2022 09:27 AM
bole tak buang 'Jakun' kat tajuk tuh? pelahap pasta yg berperangai caprut, bangsa lain pulak jd mang ...

Bangang betul TT ni
Reporter cari ke ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.032676 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top