Satu insiden dirakam di pantai Itali menunjukkan sekumpulan pengunjung menyeret seekor jerung ke pantai untuk swafoto.
Daily Star melaporkan, kejadian dirakam di sepanjang pantai Fontanamare di bandar Gonnesa di Pulau Sardinia, Itali minggu lalu.
Dipercayai, ikan malang itu adalah jerung biru iaitu spesies yang dianggap kebanyakannya tidak berbahaya kepada manusia.
Jerung itu akhirnya ditolak semula ke laut selepas beberapa pengunjung pantai menyelar mereka yang terbabit dengan aktiviti berkenaan.
Rakaman itu mencetuskan kemarahan di media sosial, dengan ramai yang menuduh kumpulan itu mengheret jerung itu ke pantai untuk bergambar dengannya.
Bagaimanapun, seorang saksi mendakwa pengunjung pantai sebenarnya menyelamatkan nyawa jerung itu.
"Saya ada di sana. Jerung itu 'mendarat' sendiri beberapa kali. Akhirnya, ia boleh dibawa ke tempat selamat terima kasih kepada orang pintar di sana," katanya.
Aktivis hak asasi haiwan Enrico Rizzi mengupah sebuah firma guaman untuk meneliti perkara itu, menurut media tempatan.
"Dalam rakaman itu, beberapa perenang kelihatan di dalam laut. Ada yang berniat untuk menyeret seekor jerung kecil keluar dari air.
"Haiwan itu kelihatan sangat menderita, sehingga menimbulkan kemarahan beberapa pengunjung pantai lain yang hadir. Orang lain meminta mereka yang menyeretnya keluar dari air untuk mengembalikannya (ke laut).
 Kredit foto: Central European News
"Kini, jelas bahawa kelakuan mereka yang menyebabkan haiwan malang itu terkeluar secara literal dari habitatnya, menyebabkannya terseksa dan menderita," kata peguam, Alessio Cugini Borgese.
Sumber: Harian Metro |