Warga emas menghuni sebuah rumah yang dipenuhi barangan lusuh dan sampah sarap di SS 22/20 Petaling Jaya menerima notis daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, MBPJ memaklumkan, rumah itu dihuni lelaki warga emas berusia 71 tahun dan hasil pemeriksaan mendapati rumah berkenaan terlalu kotor berikutan penghuninya menyimpan pelbagai barangan yang mengundang pencemaran.
"Selain barangan lusuh dan sampah-sarap barangan lain ditemui seperti bekas kosong dan kolam takungan air yang menyebabkan jentik-jentik membiak serta terdapat juga pokok liar yang tumbuh di dalam rumah," kata kenyataan itu pada Rabu. Kenyataan itu memberitahu, semasa operasi itu dijalankan, penghuni telah dibawa polis ke mahkamah bagi proses perbicaraan. Tegas kenyataan itu, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ telah mengeluarkan notis di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebelum ini. Bagaimanapun, kenyataan itu memberitahu, tiada sebarang tindakan daripada pemilik, malah kes mahkamah juga telah difailkan dan dihantar ke Unit Perundangan pada tahun 2021. "Pada 21 Jun 2022, satu mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Unit Perundangan telah diadakan berhubung aduan ini bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh setiap jabatan terlibat mengikut skop tugas masing-masing," kata kenyataan itu. Sumber: Sinar Harian
|
imransulaiman replied at 29-6-2022 07:20 PM
Mampu pula dia beli rumah kan?
JunkMail replied at 29-6-2022 07:35 PM
Rumah ni kat PJ dulu2 murah je dik...100k tak sampai
Samerosie: Gosh extreme hoarder rumah dah mcm landfill. My mum pun hoarder susah betul nak suruh dia buang benda. Plastic container kita tapau makanan tu dia b ...
imransulaiman replied at 29-6-2022 07:20 PM
Mampu pula dia beli rumah kan?
Belibis replied at 29-6-2022 08:31 PM
Siap ada kolam koi tuuuu..ko hado???
ADVERTISEMENT