Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang peniaga selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pemuda tidak dikenali dengan memijak kepalanya, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, S Pandiaraj, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pembelaan. Tertuduh bagaimanapun kelihatan tenang sambil menoleh ke belakang memandang wajah ahli keluarganya ketika hukuman itu dibacakan hakim. Ahmad Nafsy dalam penghakimannya berkata, setelah meneliti keterangan fakta forensik dan laporan bedah siasat, mahkamah mendapati mangsa, S. Ammos Devaprraven, 27, meninggal dunia akibat dipijak tertuduh.
Katanya, mahkamah mendapati kecederaan dialami si mati adalah tidak konsisten dengan kemalangan jalan raya seperti yang dilaporkan saksi kejadian. Jelasnya, kematian itu disebabkan tindakan tertuduh yang telah mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian. Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas bagi mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Ammos Devaprraven. Tindakan itu dilakukan di Jalan Tun Ali, kira-kira pukul 4.30 pagi pada 23 Oktober 2016. Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pihak pendakwaan iaitu Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli dalam hujahan menegaskan dua saksi mengatakan mangsa telah dipijak pada kepala di atas jalan tar oleh tertuduh selama satu minit. Ujarnya, saksi kemudian membawa mangsa ke Hospital Melaka dan membuat laporan palsu bahawa si mati telah dilanggar lari. Saksi bagaimanapun selepas itu telah menghubungi abang si mati memaklumkan adiknya telah dipijak di muka. Menurut saksi, kejadian itu berlaku disebabkan tertuduh tidak berpuas hati dengan kata-kata mangsa yang mengeluarkan perkataan ‘orang mabuk apa dia cakap hari ini, esok dah lupa’. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ecahaha replied at 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan ...
ecahaha replied at 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan ...
Bergosip replied at 29-6-2022 07:27 PM
yang mansuh tu hukuman mati mandatori. mandatori maksudnya wajib dilakukan. Kalau ada kes hukuman ...
Firenzza replied at 29-6-2022 08:34 PM
Kalau ada pelarian pesalah yang lari ke negara yang anti hukuman gantung seperti Australia, Austra ...
kakikuDibibirmu replied at 29-6-2022 09:19 PM
Mandaroti tersenyum sinis {: ...
ecahaha replied at 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan ...
Bergosip replied at 29-6-2022 08:44 PM
Sirul Azhar kan dapat hukuman mati selepas didapati bersalah. Australia memang anti dengan hukuman ...
ADVERTISEMENT