CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Lagi Dengan Ismail Sabri, Kali Ni Netizen Dedah Harga Kemeja Burberry Pula!

29-6-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3871| Komen: 49

Description: Nampaknya, tumpuan netizen terhadap busana Perdana Menteri masih belum reda dengan mendedahkan harga baju yang dipakai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Nampaknya, tumpuan netizen terhadap busana Perdana Menteri masih belum reda dengan mendedahkan harga baju yang dipakai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terbaharu di Twitter, warganet masih membuat pendedahan mengenai kemeja putih yang dipakai Ismail Sabri semasa pertemuan beliau dengan pengurusan tertinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.



Status tersebut dimuat naik pelayar Twitter @datukhensem dengan kapsyen “Sama ke tak? #KeluargaBurbery”.

Dalam ciapan itu, pelayar berkenaan turut melampirkan harga sebenar kemeja putih keluaran Burberry itu dengan harga RM2,390 sehelai.


Ismail Sabri dilihat memakai pakaian berjenama Burberry itu bersama kot biru tua sedang mengadakan mesyuarat dengan wakil TNB.



Kredit foto: Twitter

Penampilan Ismail Sabri sebelum ini menjadi perhatian warganet dengan pelbagai pendedahan mengenai pakaian berjenama luar negara yang dipakai Ahli Parlimen Bera itu.

Antaranya, kemeja merah jambu dengan harga RM6,900 semasa menghadiri Karnival Jom Heboh di Putrajaya pada minggu lalu.

Sebelum ini, Ismail Sabri turut menarik perhatian warganet apabila mengenakan busana bercorak hitam, biru dan putih semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long di Tokyo, Jepun.

Dalam carian di laman sesawang jenama berkenaan, baju yang dipakai Ismail Sabri itu berharga RM5,500. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 29-6-2022 04:45 PM
PM suka betul pakai Burberry. Tiap kali kantoi baju mahal, mesti Burberry.
Quote haruslah 29-6-2022 04:49 PM
Xkan nak pakai baju rm50 kan
Xpun, x kan pakai bundle....
Alangkan ostad2 pun paki merc....bagi anak bini diah memahal

#ytjt

#donebekap
Quote Artemesiaa 29-6-2022 04:57 PM
Rajinnya promote baju designer
Quote kotakominami 29-6-2022 05:35 PM
Ntah2 dia pon tak perasan main sauk je.....rase sedap pakai order lg....benda boleh klaim...
Quote wolfheart 29-6-2022 05:42 PM
Netizen ni pun... Dahlah pak mael. Lepas ni biasa² tularkan gambar pakai pagoda pulak.
Quote Orix 29-6-2022 05:43 PM
mohon mana2 porumer kalo boleh korek harga2 baju ke jam tangan atok..... n sila lah nilai sendiri....
Quote babelina 29-6-2022 05:45 PM
dh PM.. xkn nk pkai bj biasa2..
lain la rakyat marhaen.......................
Quote elzy 29-6-2022 05:50 PM
Okay saja PM pakai baru mahal, kita marhaen dah biasa hidup susah.. Kami faham hidup menteri kena bermewah-mewah.. Biar kami marhaen tanggung inflasi, harga barang dan kos sara hidup tinggi.. Menteri dan keluarga serta sanak saudara nak hidup senang sendiri, just go ahead... Kami di bawah sekadar memerhati sebab tak mampu..  
Quote _blackbird 29-6-2022 05:54 PM
ntah2 burberry hantar i beg baju ke rumah pm foc. tu yg asik pakai baju burberry je. huhuhu.. lebitlew gi palestin tolong mangsa perang pakai suit 3 piece takda lak org mengata berapa harganya
Quote nikaido 29-6-2022 06:17 PM
Edited by nikaido at 29-6-2022 06:18 PM

okla yg ni drpd pakai kemeja mcm haritu tulisan besar2 mcm bbnu
Quote ninja9 29-6-2022 06:33 PM
Penasihat pm yang patut disalahkan, kena pecat cepat...

Tak ada telur nak tegur ker atau terlalu bodoh untuk fikir bahawa dia kena jaga imej pemimpin yang bagus seperti berjiwa rakyat, pemimpin yang tak boros, pemimpin yang faham masalah rakyat, pemimpin yang sama-sama berjuang, pemimpin yang boleh mengurus kewangan yang baik....

ini dibantai imej bermewah-mewah, padahal cuma baju jer... pakai dua tiga kali entah dia nak bagi siapa sebab dia kena pakai baju lain pulak untuk function lain.. takkan dia nak pakai baju sama... perbelanjaan baju begini kalau orang tak tegur sama dengan imelda marcus. Imelda sampai sekarang terkenal dengan 3,000 pasang kasut berjenama... dari mana duit tu datang kalau bukan datang dari duit tax

..bila banyak sangat isu macam ni, sepatutnya sprm kena alert, jangan duduk diam sahaja, kena fight pm iq rendah macam ni, bencana besar kepada negara jika pemimpinnya tak boleh nampak prioriti... selfish, decision making mesti ke laut ni..

done kecam
Quote jazaa100 29-6-2022 06:43 PM
kotakominami replied at 29-6-2022 05:35 PM
Ntah2 dia pon tak perasan main sauk je.....rase sedap pakai order lg....benda boleh klaim...

Ha..ha...benda blh klaim kann....
Quote tripleid 29-6-2022 06:49 PM
Selipar bata Tun M tersenyum sinis..

IMG_20220629_184834_1.jpg
Quote mbhcsf 29-6-2022 07:52 PM
fuiyoh.....PM kite ni dia minat Cha Eun Woo ke? at least Cha En Woo tu bergaye lah jugak ...dok Burberry ke sini , Burberry ke sana ni...
Quote shernazz 29-6-2022 08:03 PM
mbhcsf replied at 29-6-2022 07:52 PM
fuiyoh.....PM kite ni dia minat Cha Eun Woo ke? at least Cha En Woo tu bergaye lah jugak ...dok Burb ...

Kalau PM peminat cha eun woo..
Maknanya.iols sama sama.fans dgn PM

Hello pm..kita minat orang yang sama
Quote H0rr0rfan 29-6-2022 08:09 PM
I have no hard feelings for PM tapi aku rasa penampilan dia betul-betul tacky. Macam orang kampung baru dapat duit.
Quote tumpanglalu74 29-6-2022 08:31 PM
Edited by tumpanglalu74 at 29-6-2022 08:32 PM

20190512-patriot-2020.jpg
patriot-2020-2.jpg
patriot-2020-1.jpg
Quote jalfa 29-6-2022 09:01 PM
Kemain kan ...dasar pm nih nganjing nurtizen...
Quote meisapoya 29-6-2022 09:07 PM
Pemimpin gaji mahal2, pencapaian biasa2, buat beli barang mahal. Pakai baju uniqlo dah lah.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.152174 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top