CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

"Pencuci Miss V Adalah Scam" -Doktor Tegur Peniaga Sanggup Overclaim Demi Keuntungan

29-6-2022 05:49 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 9564| Komen: 86|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Amirah Azlan


Lumrah apabila sudah berkahwin, rata-rata wanita akan melakukan apa sahaja untuk menjaga kesihatan dalaman serta luaran mereka untuk kekal kelihatan cantik dan berseri di hadapan suami. 

Malah, ramai di antara golongan wanita sering terpedaya dengan iklan-iklan produk yang kononnya boleh mendapat kesan dengan cepat dan terbaik. 

Salah satu produk tersebut adalah pencuci 'Miss V' atau pencuci wanita yang dikatakan penting untuk menjaga kebersihan bahagian alat kelamin wanita.

Malah, semakin menjadi-jadi produk itu diiklankan di semua platform media sosial. Hal ini menyebabkan seorang doktor, Amirah Azlan tampil untuk berkongsikan fakta berkenaan pencuci 'miss v' di akaun Tiktok miliknya. 


Menerusi posting itu, Dr Amirah berkata, alat kelamin wanita mempunyai baunya tersendiri dan tidak sepatutnya mempunyai bau seperti strawberi atau bau-bauan manis yang lain. 


Dalam perkongsian lain pula, dia menjelaskan bahawa semua jenis pencuci vagina adalah tidak elok digunakan wanita. Dr Amirah faham bahawa pencuci itu dapat menghilangkan bau dan kesan keputihan, namun keputihan perkara biasa yang dialami semua wanita. 

Malah, keputihan sebenarnya berfungsi sebagai pembersih alat kelamin wanita. Untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan, para wanita boleh amalkan pengambilan yogurt, nenas serta jus cranberry.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan penerangan yang diberikan oleh Dr Amirah. - CARI

Sumber: Tiktok Amirah Azlan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-6-2022 06:22 PM
Uish doktor ni muka Diana Rafar lepas filter berjela.
Quote Kitty_catz 29-6-2022 06:34 PM
mmg pun... yg cayoo bulat2 kak KM tu cashhh la.. esok2 lagi berlendir bersawang baru kome tauuuu

ni mesti suka laki jilat2 kut...yihhhh
Quote Bergosip 29-6-2022 06:44 PM
termasuklah feminine wash dari brand good virtues.co, sumber ayu, sebamed, cosmoderm, lactacyd ke?
Quote bunnyj3lly 29-6-2022 07:50 PM
Bergosip replied at 29-6-2022 06:44 PM
termasuklah feminine wash dari brand good virtues.co, sumber ayu, sebamed, cosmoderm, lactacyd ke?

The best wash untuk miss V kome tu air saja.

Rajin-rajinlah lap bila lepas buang air untuk elak tempat tu wet wet aje. Guna panty liner kalau dah dekat-dekat time nak period / waktu subur untuk kekal bersih dan aman nak solat. Sebab waktu tu keputihan akan lebih banyak dari biasa. Ini sains.

Tukar pantyliner, cuci dan lap je instead tukar seluar dalam / bukak seluar dalam dekat surau. Ya Allohhh.. ada ya ummat muslimah begini. Malu aje walaupun bertutup dengan kain telekung bila membuka seluar tu.
Quote mbhcsf 29-6-2022 08:02 PM
cranberry ? hmm ade systematic review ke untuk menilai keberkesanan cranberry ni...

okay back to the topic at hand, yes betul , tak payah gune lah semue produk ni, do no harm, jgn overdo lah...gunekan apa yg kita pelajari dalam silibus sains to make sense some of the basic things cam ni...
Quote Bergosip 29-6-2022 08:06 PM
bunnyj3lly replied at 29-6-2022 07:50 PM
The best wash untuk miss V kome tu air saja.

Rajin-rajinlah lap bila lepas buang air untuk elak t ...

indirectly, uols maksudkan brand femine wash dari sebamed, sumber ayu, good virtues dan lactacyd pon scam lah kan?

iols start pakai feminine wash lepas beranak haritu. Masa dekat confinement centre, ada kelas penjagaan miss V. speaker tu lah suruh pakai feminine wash. speaker suggest brand lactacyd. katanya, boleh bagi bau Miss V wangi. Iols lepas dah habis pantang/keluar dari confinement centre, terus lah beli dan pakai. tapi, jarang sebab selalu ter-skip. biasa basuh bilas2 miss V dengan air je. Bila kena pakai pencuci, banyak kali ter-miss/lupa.

iols memamg pakai pantyliner setiap hari (bila tak period). sebab dah di-ajar oleh my mom untuk pakai dari high school. Tapi, rare-nya uols sampai nampak orang bukak panties dalam masjid. iols tak pernah nampak lagi. selalu nampak yang buka kain/seluar sahaja sebab dorang takut hujung2 kain/seluar terkena benda kotor
Quote Mary_jane 29-6-2022 08:08 PM
Yang laki takde plak nak berwangi2 bagai.
Quote bunnyj3lly 29-6-2022 08:14 PM
Bergosip replied at 29-6-2022 08:06 PM
indirectly, uols maksudkan brand femine wash dari sebamed, sumber ayu, good virtues dan lactacyd p ...

Kalau takde advice dari doc, tak perlulah pakai. Melainkan memang advised dari doc. Macam ubat juga. Kalau untuk cuci luka di miss V pun usually kan kena buat sitz bath which air suam dan garam aje. Lactacyd mungkin ok tapi kalau berbau-bauan memang akan kacau pH environment miss V ittewww..

Betul.. I pernah nampak dia buka dengan panties sekali dengan seluar. Lepastu nak pakai macam dah payah.. terkengkang2 nak memakai spender di khalayak
Quote bunnyj3lly 29-6-2022 08:15 PM
Mary_jane replied at 29-6-2022 08:08 PM
Yang laki takde plak nak berwangi2 bagai.

Spender pun tak suka pakai kadangnya sis
Quote Belibis 29-6-2022 08:29 PM
Mary_jane replied at 29-6-2022 08:08 PM
Yang laki takde plak nak berwangi2 bagai.

Dah sememangnya wangi semulajadi..buat apa pakai produk kilo.
Quote Bergosip 29-6-2022 08:29 PM
bunnyj3lly replied at 29-6-2022 08:14 PM
Kalau takde advice dari doc, tak perlulah pakai. Melainkan memang advised dari doc. Macam ubat jug ...

macam kes iols, doc tak advise pon. actually, tak pernah sebut pon suruh pakai feminie wash. Dekat confinement centre tu, speaker suruh pakai femine wash sebab nak bagi Miss V putih.

bila dah beranak ni, miss V akan hitam sedikit (ni apa yang speaker tu cakap). tapi, iols tengok sama je warna. since, speaker tu kata boleh memutihkan dan bagi bau wangi. Dan speaker tu pon dari confinement centre. iols terus mempercayai kata2nya gituuuu. Dan terus beli brand lactacyd tu. Lactacyd banyak jugak optios diantaranya (yang iols ingat) ialah brightening dan fresh everlasting. Tapi, tu lah. iols beli yang brightening tapi selalu ter-skip/lupa. Beli dah 7 bulan, tapi baru pakai suku.

Kiranya, boleh lah iols melupakan hajat untuk pakai feminie wash kan hihi

Pakai dan bukak panties dekat masjid sangat rare. Mesti berbau tu
Quote bunnyj3lly 29-6-2022 08:54 PM
Bergosip replied at 29-6-2022 08:29 PM
macam kes iols, doc tak advise pon. actually, tak pernah sebut pon suruh pakai feminie wash. Dekat ...

Haa.. tu laa.. I pernah tanya gynae, dia kata cuci dengan air je. Dan pastikan lap kering lepas cuci. Kalau nak lagi jaga, kerap tukar panty liner. Pakai 12 jam panty liner yg sama pun boleh sebabkan infection. Tempat sensitif ..

Miss V ni, kalau lepas bersama tak pergi buang air pun boleh jadi UTI. Sooo sensitive
Quote xtinkerbellx 29-6-2022 09:18 PM
Makan yogurt & nenas je nak jaga miss v
Quote azimodin 29-6-2022 11:40 PM
mbhcsf: cranberry ? hmm ade systematic ...

Cranberry ni ada jugak doctor suggest sebagai part of rawatan UTI. Masa kena pregnant kena UTI sampai ada heavy discharge, mmg doctor suruh minum air cranberry instead of vitamin c. Gigih la cari kat jaya grocer.
Quote putericahaya999 29-6-2022 11:45 PM
Ok baik doktor
Quote lemak_masin 30-6-2022 12:34 AM
Sesetengah tu bukan cuci msV biasa2 je bahagian luar, siap basuh ngan sabun sampai kedalam2 msV..
Vaginal douching kalau tak salah laa nama dia.,
Ada aku tertengok adik ipar aku cuci msV baby girl dia smpai korek2 dlm dengan kapas,
ngeri aku..
Quote pyropura 30-6-2022 12:44 AM
Timbang kati tersenyum geli geli hihihi.
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2022 01:41 AM
Patutlah lubang faraj bau ikan masin!
Quote bunnyj3lly 30-6-2022 06:55 AM
lemak_masin replied at 30-6-2022 12:34 AM
Sesetengah tu bukan cuci msV biasa2 je bahagian luar, siap basuh ngan sabun sampai kedalam2 msV..
Va ...

Scarynya oii.. baby pulak tu.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.189720 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top