Lelaki kantoi cuba memecah masuk rumah orang selepas menyedari aksinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Menurut pemilik kediaman tersebut, Hans, 30, cubaan jenayah itu berlaku di rumahnya di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 5.47 petang, Isnin.
Ketika dihubungi mStar, Hans berkata, ia merupakan kejadian pertama seumpamanya selepas dua tahun menetap di kediaman itu bersama isteri anak-anaknya. Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang lelaki bergegas meninggalkan kediaman berkenaan sebaik menyedari terdapat CCTV di situ.
"Kejadian itu berlaku pada 27 Jun, lebih kurang pukul 5.47 petang. Pada masa itu, tiada sesiapa berada di rumah. Seorang anak di taska, seorang lagi dengan mak mentua. Kebetulan saya sedang bekerja. "Isteri pula baru balik kerja. Isteri saya sampai pada pukul 5.51 petang, lima minit lepas lelaki itu keluar dari kawasan rumah kami. Isteri hantar WhatsApp kepada saya, dia tanya ada buka sliding door ke? "Dia juga maklumkan pagar rumah kami terbuka luas. Saya rasa pelik sebab sliding door tu memang rosak tak boleh lock, sentiasa tutup rapat. Pagar pun saya tutup masa nak keluar. Menurut Hans, dia berasa geram dengan pelaku yang seolah-olah mencabar kesabarannya apabila tergamak melakukan jenayah pada waktu siang hari. Namun, dia bersyukur apabila CCTV yang dibeli baru-baru ini berjaya mematahkan cubaan berkenaan, malah boleh digunakan sebagai bukti kepada pihak berkuasa. "Sekarang kena ekstra hati-hati. Pagar tu pun dah pasang lock semula. Sebelum ini pun kami lock, tapi sejak akhir-akhir ni tak lock. "CCTV tu kebetulan saya beli. Pada mulanya pasang dalam rumah, 2 Jun lalu baru tergerak hati nak pasang pada tingkap. Niat beli sebab murah, dalam RM87 ke RM90. Kebetulan ada PC Fair kat 1Utama. "Saya beli pasang dalam rumah, jadi boleh tengok aktiviti anak-anak ketika kerja. Lepas tu tergerak hati, saja nak pasang dekat tingkap untuk tengok aktiviti luar pada waktu malam. Zaman sekarang ni CCTV penting, kes jenayah makin naik. "Kemudian saya buat laporan di Balai Polis Tun HS Lee pada hari kejadian. Kalau-kalau kejadian sama berlaku di sekitar kawasan ni, pihak polis boleh kecilkan skop pencarian suspek," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Hans turut memberi pesanan kepada pelaku agar berhenti melakukan jenayah memandangkan badannya masih sihat untuk bekerja seperti biasa. Berdasarkan pemerhatian suspek menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku. Sumber: mStar
|
anakmak replied at 29-6-2022 02:16 PM
Ingat mangga buah lah tadi
Pelik aku apsal dia x sempat
Kenapa cumgkil buah mangga
Supersirap: Pentingnya ada CCTV
ADVERTISEMENT