CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 16

Tak Dan Cungkil Mangga, Lelaki Cabut Lari Kantoi Dirakam CCTV Tengah Pecah Rumah!

[Copy link]
Post time 29-6-2022 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki kantoi cuba memecah masuk rumah orang selepas menyedari aksinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).


Menurut pemilik kediaman tersebut, Hans, 30, cubaan jenayah itu berlaku di rumahnya di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 5.47 petang, Isnin.




Foto: Twitter




Ketika dihubungi mStar, Hans berkata, ia merupakan kejadian pertama seumpamanya selepas dua tahun menetap di kediaman itu bersama isteri anak-anaknya.


Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang lelaki bergegas meninggalkan kediaman berkenaan sebaik menyedari terdapat CCTV di situ.








"Kejadian itu berlaku pada 27 Jun, lebih kurang pukul 5.47 petang. Pada masa itu, tiada sesiapa berada di rumah. Seorang anak di taska, seorang lagi dengan mak mentua. Kebetulan saya sedang bekerja.


"Isteri pula baru balik kerja. Isteri saya sampai pada pukul 5.51 petang, lima minit lepas lelaki itu keluar dari kawasan rumah kami. Isteri hantar WhatsApp kepada saya, dia tanya ada buka sliding door ke?


"Dia juga maklumkan pagar rumah kami terbuka luas. Saya rasa pelik sebab sliding door tu memang rosak tak boleh lock, sentiasa tutup rapat. Pagar pun saya tutup masa nak keluar.









Menurut Hans, dia berasa geram dengan pelaku yang seolah-olah mencabar kesabarannya apabila tergamak melakukan jenayah pada waktu siang hari.


Namun, dia bersyukur apabila CCTV yang dibeli baru-baru ini berjaya mematahkan cubaan berkenaan, malah boleh digunakan sebagai bukti kepada pihak berkuasa.







"Sekarang kena ekstra hati-hati. Pagar tu pun dah pasang lock semula. Sebelum ini pun kami lock, tapi sejak akhir-akhir ni tak lock.


"CCTV tu kebetulan saya beli. Pada mulanya pasang dalam rumah, 2 Jun lalu baru tergerak hati nak pasang pada tingkap. Niat beli sebab murah, dalam RM87 ke RM90. Kebetulan ada PC Fair kat 1Utama.








"Saya beli pasang dalam rumah, jadi boleh tengok aktiviti anak-anak ketika kerja. Lepas tu tergerak hati, saja nak pasang dekat tingkap untuk tengok aktiviti luar pada waktu malam. Zaman sekarang ni CCTV penting, kes jenayah makin naik.


"Kemudian saya buat laporan di Balai Polis Tun HS Lee pada hari kejadian. Kalau-kalau kejadian sama berlaku di sekitar kawasan ni, pihak polis boleh kecilkan skop pencarian suspek," ujarnya lagi.











Dalam pada itu, Hans turut memberi pesanan kepada pelaku agar berhenti melakukan jenayah memandangkan badannya masih sihat untuk bekerja seperti biasa.


Berdasarkan pemerhatian suspek menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat mangga buah lah tadi
Pelik aku apsal dia x sempat
Kenapa cumgkil buah mangga

Haishhh bila gula penuh badan
Otak ku berawan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts


Rumah teres setingkat je pon..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:31 PM | Show all posts
nak jual cctv ka.?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:51 PM | Show all posts
Pentingnya ada CCTV
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:06 PM | Show all posts
siang hari pun makin menjadi2 dah sibat2 ni buat job

tak dapat takpe sis

dapat, meraung laaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2022 04:42 PM | Show all posts
Bila kehidupan makin menghimpit kejadian jenayah pasti akan meningkat.  Nasib tuan rumah ada pasang cctv menyelamatkan rumahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:43 PM | Show all posts
Bila kehidupan makin menghimpit kejadian jenayah pasti akan meningkat.  Nasib tuan rumah ada pasang cctv menyelamatkan rumahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 04:52 PM | Show all posts
anakmak replied at 29-6-2022 02:16 PM
Ingat mangga buah lah tadi
Pelik aku apsal dia x sempat
Kenapa cumgkil buah mangga

Samalah. Dah terbayang buah mangga, rupanya mangga kunci...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:59 PM | Show all posts
Ni cth rumah bifoti ke cuolls?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik ysuku..otak pun 3 Suku..elokla Tu..dpt..sila hempuk sikit..supaya hilang perangai 3suku Tu.. cinabeng BTL..mampusla ko mamat 3suku..hidup pun menyusahkan org.. harkkkktuihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Culik mangga  tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 06:27 AM | Show all posts
tp link tapo ni bagus... ip camera siap dgn alarm
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang rumah biashe2 pon kena aim. Nasib baik la cctv sekarang murah2 & boleh diy je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:15 AM | Show all posts
Supersirap: Pentingnya ada CCTV

kalau ada cctv yang boleh keluar suara tu lagi awesome
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:28 PM | Show all posts
smlm baru tgk yg kes pecah masuk rumah kt klang x silap. ada kata mangsa kena rogol. dgr pmpn menjerit tp aku tak berani bukak sound. just baca komen je. xtau la video lama ke baru. mmg kimak laa manusia skrg ni.. ni lg laa berlaku siang plak. buatnya wife dia balik masa tu kot dia sempat apa2 kan or ugut wife dia tu tak ke naya.. naseb laa ada cctv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lah jadi kalau wife nya balik awal then terserempak? Penyamun ni kan dah nekad. Plat no motor tu pun palsu sebab patutnya plat kereta. Takde lagi thread pasal video rogol & samun kat klang tu. Dengar dari slang macam ummah borneo je pelaku nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.488325 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list