Ahli keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia akibat disengat tebuan kelmarin mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.
Bapa mangsa, Mohd Khalid Omar, 40, percaya kecuaian individu serta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal memastikan keselamatan penduduk menyebabkan insiden malang itu berlaku. Dakwanya, sarang tebuan tanah yang menyengat anaknya berada di bawah sisa rangkat pelantar jeti usang yang dibiarkan sejak empat tahun lalu di kawasan taman permainan berkenaan. “Rangka pelantar jeti itu tidak sepatutnya berada di kawasan taman permainan berkenaan. Apatah lagi ia bersebelahan gelanggang futsal dan taska,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumah keluarganya di Kampung Tok Jembal di sini semalam.
Dakwanya, selain sarang tebuan tanah, penduduk setempat juga mendakwa ternampak kelibat anak ular tedung di lokasi sama. “Saya harap kejadian menimpa arwah anak tidak berulang dan menjadi pengajaran. Kami sekeluarga masih berbincang untuk menggunakan saluran undang-undang,” katanya. Kosmo! semalam melaporkan anak ketiga Mohd. Khalid, Eidrish meninggal dunia setelah terkena lebih 60 sengatan tebuan tanah ketika bermain bersama dua kakaknya di hadapan rumah datuk mereka. Kakak mangsa, Nur Aiyris Dania, 7, dan Nur Adelya, 10, kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan dalam keadaan baik dan beransur pulih. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Decaffeinated replied at 29-6-2022 01:23 PM
Kalau menang saman ni akan set precedent untuk saman2 di tempat2 lain. Panas lah PBT.
MissVixen replied at 29-6-2022 02:13 PM
Alhamdullillah. Ada juga manusia yang rajin saman. Geram aku tengok banyak yang jenis redha tak bert ...
Babai replied at 29-6-2022 02:50 PM
Dol! Apa daa tajuk? Orang panggil tindakan undang2, bukan perundangan.
ADVERTISEMENT