CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2323|Reply: 24

Keluarga Budak Maut Dihurung Tebuan Mahu Ambil Tindakan Perundangan

[Copy link]
Post time 29-6-2022 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Ahli keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia akibat disengat tebuan kelmarin mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.


Bapa mangsa, Mohd Khalid Omar, 40, percaya kecuaian individu serta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal memastikan keselamatan penduduk menyebabkan insiden malang itu berlaku.


Dakwanya, sarang tebuan tanah yang menyengat anaknya berada di bawah sisa rangkat pelantar jeti usang yang dibiarkan sejak empat tahun lalu di kawasan taman permainan berkenaan.




Kosmo




“Rangka pelantar jeti itu tidak sepatutnya berada di kawasan taman permainan berkenaan. Apatah lagi ia bersebelahan gelanggang futsal dan taska,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumah keluarganya di Kampung Tok Jembal di sini semalam.


Dakwanya, selain sarang tebuan tanah, penduduk setempat juga mendakwa ternampak kelibat anak ular tedung di lokasi sama.


“Saya harap kejadian menimpa arwah anak tidak berulang dan menjadi pengajaran. Kami sekeluarga masih berbincang untuk menggunakan saluran undang-undang,” katanya.


Kosmo! semalam melaporkan anak ketiga Mohd. Khalid, Eidrish meninggal dunia setelah terkena lebih 60 sengatan tebuan tanah ketika bermain bersama dua kakaknya di hadapan rumah datuk mereka.


Kakak mangsa, Nur Aiyris Dania, 7, dan Nur Adelya, 10, kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan dalam keadaan baik dan beransur pulih.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts


Sape rajin pegi korek topik awal aritu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:23 PM | Show all posts
Kalau menang saman ni akan set precedent untuk saman2 di tempat2 lain. Panas lah PBT.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-6-2022 01:23 PM
Kalau menang saman ni akan set precedent untuk saman2 di tempat2 lain. Panas lah PBT.

Elok lah pbt kena kali ni...pemalas nk turun padang buat keje. Bila org komplin pun malas jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:52 PM | Show all posts
Saman aje. Tu je cara nak ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je. Moga menang dan jadi ikhtibar pada pbt2 yg lain, buat keje betul2 biar siap biar sempurna. Jgn susahkan org awam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah. Ada juga manusia yang rajin saman. Geram aku tengok banyak yang jenis redha tak bertempat. Saman pbt pemalas dan cuai ni. Terseksa budak tu..
Semoga dipermudahkan semua urusan keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:13 PM | Show all posts
knnnn.. saman jer.. tu baru kt situ.. kat tmpt lain xtaw cmna.. agk skrg ramai sgt yg mkn gaji buta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtau nak salah kan ibubapa atau PBT sbb dua2 salah. So saman je laaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak aku dulu pun hampir mati kena sengat tebuan. Nasib baik ada parit kampung yg macam sungai tu, dia terjun kat dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:39 PM | Show all posts
PBT bab nak menyaman org (peniaga kecil) laju je

bab buat kerja hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:43 PM | Show all posts
MissVixen replied at 29-6-2022 02:13 PM
Alhamdullillah. Ada juga manusia yang rajin saman. Geram aku tengok banyak yang jenis redha tak bert ...

Yes!  Ramai yang suka gunapakai kaedah redha!  Redha adalah utk diri sendiri, redha dgn ketentunan Tuhan, menyerah diri kepada tuhan.  Tapi perlu usaha utk membetulkan keadaan agar tidak berulang.  Saman adalah salah satu usaha ke arah sedemikian. Saman!

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dol! Apa daa tajuk? Orang panggil tindakan undang2, bukan perundangan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:10 PM | Show all posts
ko fail saman & tunggu pbt offer certain amaun utk settle luar je

believe me
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:12 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:34 PM | Show all posts
saman je bang..bagus tindakan awak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 03:45 PM | Show all posts
time kena serang & hurung tu apa yg sepatutnya kita buat ye? ada org kata terjun dlm air..betul ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 29-6-2022 02:50 PM
Dol! Apa daa tajuk? Orang panggil tindakan undang2, bukan perundangan.

Aku syak dia ni indon yang lama.dok.malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:03 PM | Show all posts
PBT bawah gomen Pas mmg melingkup ler..tgk je kat kelantan tu sampah berbulan2 x kutip ummah redho ja..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:18 PM | Show all posts
Elokalah tu ramai dah menyokong nampaknya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.197206 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list