Syarikat haruman popular di negara ini melancarkan kempen Mental Health Awareness bertemakan De’Xandra Heals The World sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang julung-julung kali diadakan.
Menurut pengasasnya, Ernayanee Nur Julaimi, kempen yang berlangsung sepanjang tahun dan turut disokong selebriti yang terlibat dengan De’Xandra, pihak pengurusan tertinggi, rakan strategik termasuk stokis, pengedar dan dropship yang berada di negara ini Singapura, Indonesia dan Brunei. “Sebelum ini, kebanyakan program CSR De’Xandra yang menjadi agenda tahunan lebih tertumpu kepada kebajikan, pengurusan bencana, pembangunan sahsiah dan ekonomi.
“Bagaimana pun pada kempen kali ini, kami mengangkat isu kesihatan mental ekoran berlakunya peningkatan signifikan dalam kes bunuh diri di dalam negara malah di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan. Kata beliau, sebagai jenama wangian pilihan Asia, pihaknya terpanggil untuk turut bersama-sama memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan menyeru melakukan apa sahaja usaha dalam membantu golongan yang sedang mengalami masalah awal kesihatan mental termasuk depresi, kebimbangan, kemurungan dan hilang keyakinan diri. “Koleksi wangian terbaharu cetusan idea dan kolaborasi citarasa selebriti Bella Astillah dan pereka fesyen Rico Rinaldi dikenali sebagai Celebrity Collection yang begitu istimewa. “Rico Rinaldi mengetengahkan lambangan pentingnya nilai persahabatan manakala wangian Bella Astillah yang tampil merah diibaratkan warna rona cinta dalam membantu memberi suntikan semangat baru kepada mereka yang memerlukan termasuk golongan yang menghidapi masalah awal kesihatan mental. “Kami yakin nilai persahabatan dan cinta ini merupakan tunjang dalam apa jua situasi kerana kita memerlukan sahabat untuk saling menyokong, kasih sayang dan cinta. Justeru melalui koleksi selebriti ini menyampaikan mesej yang jelas dan baharu kepada penggemar-penggemar minyak wangi di luar sana tentang nilai persahabatan dan cinta yang sebenar,” ujarnya. Sumber: MalaysiaGazette |
ADVERTISEMENT