CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas Pusat Rawatan Islam Jarak Jauh Terkenal Disyaki Berkhalwat

29-6-2022 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10567| Komen: 75

Description: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan menahan seorang lelaki disyaki berkhalwat dengan pekerjanya dalam sebuah rumah di Masjid Tanah, Alor Gajah pada malam Selasa.
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan menahan seorang lelaki disyaki berkhalwat dengan pekerjanya dalam sebuah rumah di Masjid Tanah, Alor Gajah pada malam Selasa.


Sinar Harian melaporkan, dia dipercayai merupakan seorang pengasas sebuah pusat perubatan Islam jarak jauh terkenal di negeri ini.

Menurut Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, serbuan pada jam 11.30 malam itu dilakukan hasil maklumat awam.


Foto: MalaysiaGazette

Difahamkan, selain melakukan kegiatan tidak bermoral, warga emas terbabit turut mempunyai ribuan pengikut termasuk mempunyai saluran Youtube sendiri.


Dalam serbuan itu, lelaki warganegara jiran yang digelar Tok Guru Diraja berusia 60-an terbabit gagal mengemukakan dokumen pernikahan sah bersama pasangannya itu berusia 40-an yang didakwa dinikahi sejak 10 tahun lalu.

Katanya, mereka mendakwa telah berkahwin di negara jiran pada tahun 2012.

"Kita menerima aduan dan penguat kuasa JAIM telah ke lokasi serta mengesan aktiviti maksiat di sebuah rumah teres.

"Mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah dan memberi alasan dokumen telah diserahkan kepada pihak lain untuk urusan pendafftaran meskipun hampir 10 tahun berlalu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana berkurung atau bersekediaman sehingga mendatangkan syak yang memperuntukkan didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

JAIM juga sedang memantau kaedah perubatan jarak jauh bagi membuang saka yang diamalkan lelaki terbabit sehingga mempunyai ribuan pengikut di seluruh negara.

Setakat ini, pihaknya sedang menunggu keputusan terakhir daripada Jawatankuasa Fatwa dan sekiranya kaedah rawatan yang digunakan itu bertentangan dengan Islam, maka mereka berhak untuk menghalang.

"Jadi saya juga menasihatkan pengikutnya dan orang ramai supaya menjauhi kaedah rawatan tersebut jika benar ia bertentangan dengan Islam," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 29-6-2022 10:10 AM
Tabib Adam kah ni? dulu masa heols jual minyak-minyak herba, cakap la event kat mana sekali pun, heols pasti akan mencemar duli.. sekarang, kalau sabtu / ahad, penuh kereta kat halaman rumah heols.. yang datang berubat semua orang luar..
Quote LoveSungmin 29-6-2022 10:28 AM
Themilo replied at 29-6-2022 10:10 AM
Tabib Adam kah ni? dulu masa heols jual minyak-minyak herba, cakap la event kat mana sekali pun, heo ...

dari komen FB, mungkin betul tekaan uols..
Screenshot_20220629_102732.jpg
Quote dedek.bubup 29-6-2022 10:30 AM
Themilo replied at 29-6-2022 10:10 AM
Tabib Adam kah ni? dulu masa heols jual minyak-minyak herba, cakap la event kat mana sekali pun, heo ...

aku pon nak cakap dia jugak
mcm dia je
Quote manehnya 29-6-2022 10:48 AM
lelaki itu mengamalkan kaedah 'perubatan jarak jauh'


tapi tak tahu nk kerna serbu

Dakwa sudah bernikah di negara jiran


mmg ada sesuatu le tu
Quote plywood 29-6-2022 10:59 AM
Youtuber?

[youtube]PrXZMgrxVHA[/youtube]

Quote maharani_gebu 29-6-2022 11:01 AM
claimed dah nikah 10 tahun... tiba- tiba ade yg buat aduan mereka bersekediaman?

Musuh perniagaan kah? Jaki beliau byk pelanggan?

Wallahulam...
Quote mizruncing 29-6-2022 11:04 AM
haram tak kenal huhu
Quote shernazz 29-6-2022 11:06 AM
Iols.tak.kena.pulok dia neh...
Kad nikoh.mmg kena ado okay dalam purse ke wallet
Apa apa hal..ko tunjuk aje kad tu..
Takyah le nak usung sijil sana sini
Quote cap_ayam 29-6-2022 11:09 AM
Tak kenal

Anyway malu lah dah tua2 pun kena skodeng dan ditangkap.
Quote kemaruk 29-6-2022 11:10 AM
"perubatan jarak jauh"

hahahahahaha
Quote takayama 29-6-2022 11:12 AM
lorhhh tabib Adam ke yg kena ni
dulu kakak sepupu kaka pernah gie berubat dgn dia
klu betul x menikah maka nikah ajelah
nnt byr ajelah denda sbb salah kan berkhalwat tu
Quote hotmak 29-6-2022 11:29 AM
tak kenal sapa tabib ni, mmg famous ke, betul kot dah menikah tapi tak settle lg kat sini

tapi kan iols nak tergelak, dua benang tt pasal khalwat
Quote Shazid 29-6-2022 11:31 AM
Sorry x kenal....mgkn popular area melaka kot
Quote TabletSusu 29-6-2022 11:33 AM
dia bukan warganegara sini ye?
Quote mamaazim 29-6-2022 11:36 AM
kalau betul dah nikah tak pa lah..
Quote weezerfan 29-6-2022 11:38 AM
Amboi pak lebaiiiiii
Quote JunkMail 29-6-2022 11:38 AM
Meleis caprut memang suka percaya perawat2 caprut jugak kan...
Quote _blackbird 29-6-2022 11:51 AM
tabib adam scammer. berubat tempat dia ni ribu2 ok kena standby duit. bapak meol pernah mendesak nak gi sini akibat terpengaruh dengan youtube, lagi pon bapak meol mmg sejenis bukan boleh di tegur or dinasihatkan pon. bila gi situ total bil RM1,200.00 sakit nya sama je tak baik pon. lagipon dia ni bukan dah bini 4 ke kena tangkap khalwat lagi dengan staff sendiri pastu menipu pula kata dah kahwin 10 thn tapi sorg pon taktau ko dah kahwin. kalau hobi menipu tu mmg dah sebati dengan dna mmg menipu je lah
Quote LoveSungmin 29-6-2022 11:53 AM
hotmak replied at 29-6-2022 11:29 AM
tak kenal sapa tabib ni, mmg famous ke, betul kot dah menikah tapi tak settle lg kat sini

tapi kan  ...


jangan la gelakkan iols.. kebetulan je iols terjumpa artikel khalwat ni dedua kat melaka pula tu.. hopefully yang ni takda OT

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074095 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top