Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan menahan seorang lelaki disyaki berkhalwat dengan pekerjanya dalam sebuah rumah di Masjid Tanah, Alor Gajah pada malam Selasa.
Sinar Harian melaporkan, dia dipercayai merupakan seorang pengasas sebuah pusat perubatan Islam jarak jauh terkenal di negeri ini. Menurut Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, serbuan pada jam 11.30 malam itu dilakukan hasil maklumat awam. Difahamkan, selain melakukan kegiatan tidak bermoral, warga emas terbabit turut mempunyai ribuan pengikut termasuk mempunyai saluran Youtube sendiri.
Dalam serbuan itu, lelaki warganegara jiran yang digelar Tok Guru Diraja berusia 60-an terbabit gagal mengemukakan dokumen pernikahan sah bersama pasangannya itu berusia 40-an yang didakwa dinikahi sejak 10 tahun lalu. Katanya, mereka mendakwa telah berkahwin di negara jiran pada tahun 2012. "Kita menerima aduan dan penguat kuasa JAIM telah ke lokasi serta mengesan aktiviti maksiat di sebuah rumah teres. "Mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah dan memberi alasan dokumen telah diserahkan kepada pihak lain untuk urusan pendafftaran meskipun hampir 10 tahun berlalu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu. Kes disiasat mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana berkurung atau bersekediaman sehingga mendatangkan syak yang memperuntukkan didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. JAIM juga sedang memantau kaedah perubatan jarak jauh bagi membuang saka yang diamalkan lelaki terbabit sehingga mempunyai ribuan pengikut di seluruh negara. Setakat ini, pihaknya sedang menunggu keputusan terakhir daripada Jawatankuasa Fatwa dan sekiranya kaedah rawatan yang digunakan itu bertentangan dengan Islam, maka mereka berhak untuk menghalang. "Jadi saya juga menasihatkan pengikutnya dan orang ramai supaya menjauhi kaedah rawatan tersebut jika benar ia bertentangan dengan Islam," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
Themilo replied at 29-6-2022 10:10 AM
Tabib Adam kah ni? dulu masa heols jual minyak-minyak herba, cakap la event kat mana sekali pun, heo ...
Themilo replied at 29-6-2022 10:10 AM
Tabib Adam kah ni? dulu masa heols jual minyak-minyak herba, cakap la event kat mana sekali pun, heo ...
lelaki itu mengamalkan kaedah 'perubatan jarak jauh'
Dakwa sudah bernikah di negara jiran
hotmak replied at 29-6-2022 11:29 AM
tak kenal sapa tabib ni, mmg famous ke, betul kot dah menikah tapi tak settle lg kat sini
tapi kan ...
ADVERTISEMENT