View: 10410|Reply: 75
|
[Tempatan]
Pengasas pusat rawatan Islam disyaki berkhalwat
[Copy link]
|
|
Edited by LoveSungmin at 29-6-2022 10:04 AM
Pengasas pusat rawatan Islam disyaki berkhalwat
Alor Gajah: Dakwa sudah bernikah di negara jiran pada 2012, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan ketika diminta pihak berkuasa.
Itu tindakan lelaki warga emas dipercayai pengasas sebuah pusat perubatan Islam di sini ketika dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan pekerjanya di sebuah rumah teres di Masjid Tanah, jam 11.30 malam tadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam berhubung kegiatan lelaki warganegara jiran berusia 60-an bersama pasangannya berusia 40-an.
Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati lelaki itu mengamalkan kaedah 'perubatan jarak jauh' bagi membuang saka dan mempunyai ribuan pengikut di seluruh negara termasuk mempunyai saluran YouTube sendiri.
"Bertindak atas maklumat itu sepasukan penguat kuasa Jaim mengesan aktiviti maksiat di sebuah rumah teres di sini dan berjaya menahan lelaki itu bersama pasangannya yang juga ibu tunggal anak satu.
"Dia mendakwa sudah berkahwin di negara jiran pada 2012, namun gagal menyerahkan dokumen pernikahan yang sah apabila diminta dan memberi alasan ia sudah diserahkan kepada pihak lain untuk urusan pendaftaran walaupun sudah hampir 10 tahun," katanya kepada media selepas menyertai operasi cegah maksiat di sini yang berakhir pada 3.30 pagi itu.
Che Sukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana berkurung atau bersekediaman sehingga mendatangkan syak, dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Che Sukri berkata, pihaknya sedang memantau kaedah perubatan jarak jauh diamalkan lelaki terbabit dan merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
"Kita sedang menunggu keputusan terakhir daripada pihak Jawatankuasa Fatwa, jika kaedah rawatan itu disahkan bertentangan dengan Islam, mereka berhak untuk halang dia termasuk menasihatkan pengikutnya supaya tidak mendekati kaedah rawatan itu," katanya
Disiarkan pada: Jun 29, 2022 9:23am
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tabib Adam kah ni? dulu masa heols jual minyak-minyak herba, cakap la event kat mana sekali pun, heols pasti akan mencemar duli.. sekarang, kalau sabtu / ahad, penuh kereta kat halaman rumah heols.. yang datang berubat semua orang luar.. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 29-6-2022 10:28 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Themilo replied at 29-6-2022 10:10 AM
Tabib Adam kah ni? dulu masa heols jual minyak-minyak herba, cakap la event kat mana sekali pun, heo ...
dari komen FB, mungkin betul tekaan uols..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku pon nak cakap dia jugak
mcm dia je
|
|
|
|
|
|
|
|
lelaki itu mengamalkan kaedah 'perubatan jarak jauh'
tapi tak tahu nk kerna serbu
Dakwa sudah bernikah di negara jiran
mmg ada sesuatu le tu |
|
|
|
|
|
|
|
claimed dah nikah 10 tahun... tiba- tiba ade yg buat aduan mereka bersekediaman?
Musuh perniagaan kah? Jaki beliau byk pelanggan?
Wallahulam... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.tak.kena.pulok dia neh...
Kad nikoh.mmg kena ado okay dalam purse ke wallet
Apa apa hal..ko tunjuk aje kad tu..
Takyah le nak usung sijil sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal 
Anyway malu lah dah tua2 pun kena skodeng dan ditangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
"perubatan jarak jauh"
hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
lorhhh tabib Adam ke yg kena ni
dulu kakak sepupu kaka pernah gie berubat dgn dia
klu betul x menikah maka nikah ajelah
nnt byr ajelah denda sbb salah kan berkhalwat tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal sapa tabib ni, mmg famous ke, betul kot dah menikah tapi tak settle lg kat sini
tapi kan iols nak tergelak, dua benang tt pasal khalwat  |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry x kenal....mgkn popular area melaka kot |
|
|
|
|
|
|
|
dia bukan warganegara sini ye? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul dah nikah tak pa lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Meleis caprut memang suka percaya perawat2 caprut jugak kan...  |
|
|
|
|
|
|
|
tabib adam scammer. berubat tempat dia ni ribu2 ok kena standby duit. bapak meol pernah mendesak nak gi sini akibat terpengaruh dengan youtube, lagi pon bapak meol mmg sejenis bukan boleh di tegur or dinasihatkan pon. bila gi situ total bil RM1,200.00 sakit nya sama je tak baik pon. lagipon dia ni bukan dah bini 4 ke kena tangkap khalwat lagi dengan staff sendiri pastu menipu pula kata dah kahwin 10 thn tapi sorg pon taktau ko dah kahwin. kalau hobi menipu tu mmg dah sebati dengan dna mmg menipu je lah |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 29-6-2022 11:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
hotmak replied at 29-6-2022 11:29 AM
tak kenal sapa tabib ni, mmg famous ke, betul kot dah menikah tapi tak settle lg kat sini
tapi kan ...
jangan la gelakkan iols.. kebetulan je iols terjumpa artikel khalwat ni dedua kat melaka pula tu.. hopefully yang ni takda OT  |
|
|
|
|
|
|
| |
|