CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dan Anak Usia 6 Tahun Dirogol Beramai-Ramai Dalam Kereta Bergerak

29-6-2022 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3451| Komen: 44

New Delhi: Seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia enam tahun menjadi mangsa rogol beramai-ramai di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak selepas menerima pelawaan daripada sekumpulan lelaki di India untuk menumpang kenderaan itu.


Mirror melaporkan, ibu malang dan anaknya dijanjikan oleh kumpulan lelaki itu bahawa mereka akan dihantar pulang ke rumah dengan selamat dari Piran Kaliyar, tetapi sebaliknya mangsa diserang dan dirogol, menurut polis.

Penguasa polis, Pramendra Doval mengesahkan pemandu hanya dikenali sebagai Sonu, sudah mempunyai penumpang lain ketika menawarkan untuk membawa pulang mangsa.


Gambar Hiasan


"Ibu itu melaporkan kepada polis dia tidak tahu berapa ramai orang berada di dalam kereta ketika kumpulan lelaki itu dikatakan menyerang dan merogol wanita itu dan anaknya yang berusia enam tahun di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

"Kumpulan itu kemudian 'membuang' mangsa berhampiran terusan. Kemudian, si ibu mencari balai polis berhampiran dan melaporkan jenayah itu. Ibu dan anak perempuan itu dibawa ke Hospital Awam Roorkee," katanya.

Doktor mengesahkan ibu itu diserang secara seksual dengan polis mengesahkan mereka masih menyiasat serta belum dapat mengesan suspek.

Insiden itu menyusuli jenayah sama seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan dirogol polis.

Untuk kes itu, bapa mangsa mendakwa anak perempuannya dirogol selama empat hari oleh sekumpulan lelaki yang membawanya pergi ke Bhopal di Madhya Pradesh, pada 22 April.

Hari berikutnya ibu mangsa membuat aduan orang hilang kepada pihak polis selepas anak remajanya itu mengadu menjadi mangsa rogol empat lelaki. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 29-6-2022 11:51 AM
jibake punya jantan
Quote nurul_akmar 29-6-2022 02:29 PM
budak 6 tahun kot.. rasa teruk sgt india ni..
Quote CariMalay 29-6-2022 03:03 PM
Belum klik lagi dah boleh tahu dari india
Quote c===8 29-6-2022 03:05 PM
apa nak heran....biawak pun dorg rogol
Quote c===8 29-6-2022 03:05 PM
apa nak heran....biawak pun dorg rogol
Quote CariMalay 29-6-2022 03:05 PM
Kejap lagi ada spesis keji kata salah perempuan tu sebab terima pelawaan tumpang kereta, manakala perogol2 tu langsung kau tak salahkan.
Quote saviour_09 29-6-2022 03:12 PM
kelly ng di sana & sex maniac berpisa teda
Quote tomiko_haza 29-6-2022 04:19 PM
kes rogol kat india ni kat byk kenapa berani2 tumpang kete..sian anak tu
Quote True-X 29-6-2022 04:21 PM
kenape kt sane teruk sgt ke... sbb kuat makan kari ke?
Quote selipar_hijau 29-6-2022 04:28 PM
True-X replied at 29-6-2022 04:21 PM
kenape kt sane teruk sgt ke... sbb kuat makan kari ke?

aku pun tertanya² knapa asik pikir nk merogol. pelakon² bollywood kt sana berani pula sexy
Quote HoneyManjer 29-6-2022 04:28 PM
sialannnnn
Quote xtinkerbellx 29-6-2022 04:42 PM
Berani pulak mak cik ni menumpang keta laki. Takkan x tau perangai laki negara dieorg suke merogol
Quote eyansss 29-6-2022 04:51 PM
saviour_09 replied at 29-6-2022 03:12 PM
kelly ng di sana & sex maniac berpisa teda

tapi sex maniac diorang sampai kenot brain langsung...  pernah nampak video homeless aunty kena rogol tepi jalan yang sibuk dan penuh dengan orang btapi diorang buat taktau je walau aunty tu dah menjerit mintak tolong...
Quote Artemesiaa 29-6-2022 04:55 PM
Kes yang tak ada kesudahan
Quote krustykrab 29-6-2022 04:57 PM
Org india mmg gila kan..
Takut aku kalau diorg ramai2 berhijrah ke msia
Quote cupu 29-6-2022 05:50 PM
True-X replied at 29-6-2022 04:21 PM
kenape kt sane teruk sgt ke... sbb kuat makan kari ke?

Iye..kari dan rempah mmg kuatkan nafsu.sama ngan oorg arabbbbbb..

Quote Redvelvet3 29-6-2022 11:18 PM
Kegilaan apakah ini.....aduhla kes rogol kat india mmg banyak.... berhati2lah kalu nak melancong ke India.....
Quote namieamuro 29-6-2022 11:21 PM
eyansss replied at 29-6-2022 04:51 PM
tapi sex maniac diorang sampai kenot brain langsung...  pernah nampak video homeless aunty kena ro ...

scary nye udah mcm benda normal je
Quote namieamuro 29-6-2022 11:22 PM
bongok. 6 tahun

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.082633 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top