CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lelaki 8 Tahun Tembak Mati Bayi, Cederakan Adik Perempuan

29-6-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1111| Komen: 2

Description: Washington: Budak lelaki berusia lapan tahun menembak mati seorang bayi, dan mencederakan adik perempuannya yang masih kecil ketika bermain dengan pistol bapanya di Florida, hujung minggu lalu.
Washington: Budak lelaki berusia lapan tahun menembak mati seorang bayi, dan mencederakan adik perempuannya yang masih kecil ketika bermain dengan pistol bapanya di Florida, hujung minggu lalu.


Kejadian berlaku di sebuah motel di mana bapa budak itu, Roderick Randall, 45, yang mempunyai rekod jenayah, bertemu dengan teman wanitanya.

Bapanya, ditahan dan didakwa atas tuduhan cuai, memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang dan menyembunyikan bukti, kata Syerif Daerah Escambia Chip Simmons.


Gambar Hiasan

Ketika kejadian, dia membawa anaknya, manakala teman wanitanya membawa bersama anak kembarnya yang berusia dua tahun, dan seorang lagi anak perempuannya yang berusia setahun.


Randall keluar dan meninggalkan senjata api di dalam almari, manakala anaknya mengeluarkannya dan mula bermain dengannya, ketika ibu kanak-kanak perempuan itu sedang tidur.

"(Budak itu) menarik pistol dari sarung, mula bermain dengannya dan melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak itu dan menyebabkannya maut.

"Peluru itu kemudiannya menembusi dan mengenai salah seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang cedera, tetapi mangsa dijangka pulih," kata polis.

Apabila Randall kembali, dia mengambil pistol itu dan bahan tidak dikenal pasti yang berkemungkinan dadah, keluar dari bilik, sebelum polis tiba.

"Setiap tahun, beratus-ratus kanak-kanak di Amerika Syarikat mendapat akses kepada senjata tidak selamat, diletakkan di dalam almari dan laci meja malam, dalam beg galas dan dompet, atau hanya ditinggalkan," menurut laporan Everytown For Gun Safety, baru-baru ini.

Organisasi itu yang menyokong peningkatan pengawalseliaan senjata api, menganggarkan bahawa 'penembakan tidak sengaja' oleh kanak-kanak bawah umur ini menyebabkan purata 350 kematian setiap tahun.

Secara umumnya, senjata api menyebabkan kira-kira 40,000 kematian setahun di Amerika Syarikat, termasuk bunuh diri, menurut laman web Arkib Keganasan Senjata Api. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 29-6-2022 11:29 AM
Agak dh kt USA...tu ramai yg x setuju diharamkan pengguna senjata apiu kat sana...hidup kt sana lg bahaya!!
Quote intan244 30-6-2022 03:07 PM
40000. bermakna sehari 100lebih. seramnya ,xkan ku berhijrah ke negara camtu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.155105 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top