CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Dikecam Buat Seks Di Atas Puncak Bangunan, Rakam Dan Upload Di P*rnhub

29-6-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1720| Komen: 6

Sepasang kekasih dikecam selepas beraksi tidak senonoh di puncak bangunan The Shard yang berketinggian 72 tingkat.

Lelaki dan wanita itu memuat naik rakaman aksi seks mereka ke laman web Pornhub sehingga ia menerima lebih 260,000 tontonan.

Selain aksi tidak senonoh, klip berdurasi tiga minit itu turut menunjukkan panorama langit London yang sangat indah.

Foto: Getty

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan menggesa pengurusan The Shard untuk menyiasat kes berkenaan.

Malah, dia turut menggesa agar pasangan itu diharamkan mengunjungi The Shard pada masa akan datang.


"Ia menjijikkan, saya tidak percaya mereka melakukan itu di tempat awam.

"Saya terkejut mereka tidak ditangkap. Shard harus menyiasat video itu dan melarang pasangan itu daripada kembali," tulis seorang netizen.

Jurucakap The Shard ketika dihubungi enggan memberi komen berhubung kejadian itu.

Perbuatan dogging iaitu terlibat dalam perbuatan seksual di khalayak ramai secara teknikalnya tidak menyalahi undang-undang, tetapi boleh membawa kepada pendakwaan jika seseorang melihatnya.

Pendakwaan boleh dilakukan di bawah seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam 1986, bagi pendedahan di bawah seksyen 66 Akta Kesalahan Seksual 2003 atau bagi kesalahan undang-undang biasa yang memalukan kesopanan awam.

The Shard merupakan pusat kepada ratusan pejabat serta restoran, pangsapuri dan sebuah hotel.

Pengunjung perlu membeli tiket, walaupun masuk adalah percuma apabila mengunjungi salah satu kedai makan mahal dalam pencakar langit itu.

Berdiri tepat pada ketinggian 309.6 meter, The Shard merupakan bangunan tertinggi di United Kingdom (UK). -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 29-6-2022 10:51 AM
Eh itukan hak individu (human rights), kalau kat Malaysia memanglah sbb kita semua kolot...
Quote Shazid 29-6-2022 11:41 AM
Siap upload tu yg x menahan...dpt duit kot?
Quote AbukRokok 29-6-2022 11:42 AM
ohhh doggying
Quote Normabaru 29-6-2022 12:29 PM
ape maksud kena beli tiket even masuk utk tujuan office and makan kt restaurant adalah free?
Quote Racurve 29-6-2022 12:47 PM
Normabaru replied at 29-6-2022 04:29 AM
ape maksud kena beli tiket even masuk utk tujuan office and makan kt restaurant adalah free?

masuk jah percuma. nak makan kena bayar gituhh?
Quote tumpanglalu74 29-6-2022 12:50 PM
Flag_of_the_United_Kingdom.svg.png

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.177806 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top