CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Pelajar IPT Membusuk Dalam Bilik

29-6-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8577| Komen: 105

Description: Bau busuk di sebuah kolej kediaman sebuah universiti di sini membawa kepada penemuan mayat lelaki di sebuah bilik, pada Selasa.
Bau busuk di sebuah kolej kediaman sebuah universiti di sini membawa kepada penemuan mayat lelaki di sebuah bilik, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pusat kawalan universiti berkenaan kira-kira jam 7.45 petang.


Gambar hiasan

Menurutnya, mayat berkenaan merupakan pelajar jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi serta berumur 29 tahun.

"Siasatan awal mendapati, mangsa mengambil kursus Master Sastera di semester enam (tahun akhir) dan tinggal di bilik kolej kediaman tersebut seorang diri.


"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak memakai baju, berseluar panjang dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katil," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan awal di lokasi mendapati pintu bilik mangsa dalam keadaan berkunci dan tingkap tertutup rapat.

"Selain itu, pemeriksaan mendapati barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit mangsa masih berada di dalam bilik.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.30 petang oleh saksi kejadian kerana lama tidak berjumpa mangsa. Ketika itu, saksi terbau bau busuk dari bilik mangsa," katanya.

Menurutnya, saksi kemudian bersama beberapa kakitangan universiti berkenaan dan pelajar membuka pintu bilik mangsa menggunakan kunci pendua.

"Apabila pintu dibuka, mangsa didapati berada dalam keadaan terbaring dan bilik berbau busuk.

"Siasatan turut mendapati kali terakhir mangsa dijumpai adalah pada dua hari lalu," katanya.

Ujar Anbalagan, hasil siasatan di lokasi bagaimapun mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-6-2022 10:32 AM
Sudden death. RIP Al Fatihah dik.
Quote maharani_gebu 29-6-2022 10:53 AM
heart attack ler ni....
Quote Atata 29-6-2022 10:59 AM
UKM Serdang? Apa berita ni nama tempat apa semua tak tulis
Quote mizruncing 29-6-2022 11:02 AM
Atata replied at 29-6-2022 10:59 AM
UKM Serdang? Apa berita ni nama tempat apa semua tak tulis

UPM serdang maybe. tp kesian laa member meninggal dh lama semua tak perasan. mcm mana dia sorang2 dlm bilik plak.. takziah utk family mangsa
Quote Kak-Leen 29-6-2022 11:04 AM
Pelajar UPM ni. Sudden death.

Innalillahiwainnailaihiroji’un

Takziah buat keluarganya..
Quote lil_honey 29-6-2022 11:04 AM
dah bape hari punya mayat tu?
Quote MeghanK 29-6-2022 11:04 AM
2hari dah start busuk ye..cepat betul
Quote syamzana 29-6-2022 11:07 AM
mizruncing replied at 29-6-2022 11:02 AM
UPM serdang maybe. tp kesian laa member meninggal dh lama semua tak perasan. mcm mana dia sorang2  ...

kali terakhir dijumpai 2 hari lalu. rasanya tak la lama sgt utk seorg pljr sarjana. lain la bdk2 undergrad mmg meleseh sokmo dgn kwn2.
btw, takziah kpd keluarga mangsa. risau la meninggal sorg2 gini. sedar2 busuk
Quote shernazz 29-6-2022 11:08 AM
Atata replied at 29-6-2022 10:59 AM
UKM Serdang? Apa berita ni nama tempat apa semua tak tulis

Ukm bangi yunk..
Upm la ni...
Huhu....
Quote monreyes 29-6-2022 11:08 AM
panas kan sekarang ni
Quote shernazz 29-6-2022 11:09 AM
syamzana replied at 29-6-2022 11:07 AM
kali terakhir dijumpai 2 hari lalu. rasanya tak la lama sgt utk seorg pljr sarjana. lain la bdk2 u ...

Agaknya time nak.mati tu..henpon jauh nak angkat badan pung tak larat kan...
Kesiannya...sedihh ooo gini
Quote cap_ayam 29-6-2022 11:11 AM
Salam takziah..
Quote takayama 29-6-2022 11:15 AM
sedihnya baca berita mcm ni
sudden death maknanya jantung ke
hrp yg kwn dok sendiri rerajinlah called tanya khabar
Quote suriamir 29-6-2022 11:27 AM
Sudah dinasihatkan dri duluuuuu........................................
Quote mamaazim 29-6-2022 11:34 AM
sedihnye...
Quote Shazid 29-6-2022 11:39 AM
Allahuakbar...teringat jgk kt 2 org kwn iols yg meninggal sendirian dan dua2nya 3 hari baru perasan meninggal. Dok dgn housemate tp tu lah buat hal masing2...
Quote AbukRokok 29-6-2022 11:44 AM
dua_chzy replied at 29-6-2022 10:32 AM
Sudden death. RIP Al Fatihah dik.

SADS = sudden adult death syndrom

Quote JunkMail 29-6-2022 11:52 AM
Dah cucuk booster ke belum?

Sebelum orang tanya, aku tanya dulu
Quote Atata 29-6-2022 11:53 AM
shernazz replied at 29-6-2022 11:08 AM
Ukm bangi yunk..
Upm la ni...
Huhu....

Hahahahahha maap.. nampak sgt bkn urang kl

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.251376 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top