Fizo Omar yang teruja dengan kehadiran cahaya mata sulung bersama Fazeera Nazri bagaimanapun terkilan apabila segelintir warganet membandingkan detik bersalin isterinya dengan bekas isteri, Mawar Karim. Jika dilihat menerusi ruang komen, kebanyakan warga maya mendakwa Fizo seolah-olah tidak menghargai bekas isteri ketika melahirkan anak mereka, Maryam melalui kaedah pembedahan 'Caesarean Section' (C-Section). Enggan berdiam diri, Fizo tampil membalas komen berkenaan dengan menjelaskan bahawa ia merupakan pengalaman pertamanya melihat sendiri proses bersalin secara normal. Malah, ada juga beberapa warganet berkongsi tangkap layar hantaran yang dibuat Fizo ketika menyambut kelahiran Maryam dahulu. Dalam pada itu, turut menarik perhatian ramai adalah ucapan tahniah daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Apa istimewanya Fizo sampai dapat perhatian Zahid? - CARI
|
Joysparta replied at 29-6-2022 10:41 AM
bukan la nak memikirkan darah dan perut yg ditebuk.... omai,...kalu aku si ros...mau kecik hati aku, ...
asfaz replied at 29-6-2022 10:56 AM
3 jam push..wahh terpaling meneran
Korang hadooo
cik_ingeniare replied at 29-6-2022 11:20 AM
Tak pernah meneran selama itu kalau sakit menunggu bukaan ye
ADVERTISEMENT