Berdasarkan laporan Suara.Com, sebuah binaan masjid yang dibangunkan di Desa Mukapayung di Jawa Barat menarik perhatian umum apabila menjadikan Ka'abah sebagai rujukan untuk membina bangunan tersebut.
Menerusi kapsyen pada sebuah video yang dimuat naik di Instagram melalui akaun @terangmedia, rekaan masjid dibina sedemikian rupa adalah untuk melepaskan rindu terhadap Kota Mekah yang jauh dari Indonesia.
Masih dalam pembinaan
"Untuk melepas rindu, warga di desa Mukapayung, Kecamatan Cililin, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat, membuat masjid menyerupai bentuk Ka'abah," tulis pemilik akaun tersebut.
Paparan rakaman itu menunjukkan masjid tersebut berbentuk kotak dengan cat berwarna hitam serta ornamen berwarna keemasan membuatkan dia mirip Ka'abah. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
tu la... aku dah rasa macam masuk forum indon india dah... hahaha... ni nasib letak sini... banyak artikel, wartawan cari pi letak kat isu semasa... lagi ngek...