LONDON – Sebilangan ibu bapa menyelar peraturan baharu sebuah sekolah di England yang menetapkan bahawa pelajar lelaki boleh memakai skirt tetapi dilarang berseluar pendek ketika cuaca panas, lapor akhbar The Sun.
Ramai ibu bapa sebaliknya meminta sekolah Akademi Tinggi Wymondham di Norfolk itu memperkenalkan pakaian seragam khas untuk musim panas. Mereka berkata, percubaan membenarkan pelajar lelaki memakai skirt dengan alasan ‘kod berpakaian neutral jantina’ sebagai ‘tidak siuman dan satu diskriminasi’. “Semua pelajar sama ada lelaki atau perempuan diberi pilihan memakai sama ada skirt kelabu atau seluar sekolah berwarna kelabu (seluar panjang).
“Untuk lebih jelas, penetapan kod berpakaian neutral jantina ini adalah bagi memastikan pilihan pakaian adalah adil tanpa mengira jantina,” kata pengetua, Jonathan Rockey di laman web sekolah berkenaan. Bagaimanapun, peraturan baharu itu mendapat tentangan ibu bapa pelajar. “Menawarkan skirt sebagai pilihan bukanlah neutral jantina. Skirt adalah pakaian yang dikaitkan dengan kanak-kanak perempuan. “Arus kemodenan menyatakan bahawa tidak mengapa bagi seseorang lelaki memakai skirt, namun ramai kanak-kanak lelaki, malah perempuan juga berasa lebih selesa dan mahu memakai seluar pendek,” kata seorang bapa. Bagaimanapun, Rockey berkata bahawa pihak sekolah tidak menolak untuk mengemas kini polisi tersebut. –CARI Sumber: Kosmo
|
wirazam replied at 28-6-2022 06:02 PM
Dia ingat Scotland kot...org Scotland pun malaih pakai benda skirt Tu...
capiloton replied at 28-6-2022 07:10 PM
ini berita tahun bila nih?
CariMalay replied at 28-6-2022 09:19 PM
Aku syak pengetua dia yg suruh pakai skirt ni geng lgbt gak. Dia saja nak biasakan budak2 ni dengan ...
capiloton replied at 28-6-2022 07:10 PM
ini berita tahun bila nih?
gideoncross replied at 28-6-2022 09:55 PM
Dh tentu, kan itu MO ummah Western kat sna.
CariMalay replied at 28-6-2022 11:12 PM
Erkk.. geli betul laki pakai skirt . Gay
ADVERTISEMENT