Lufya Omar berdepan detik cemas selepas diserang seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuannya Ahad lepas. Kata Lufya, demi mempertahankan anaknya, dia dipukul dengan kayu di wajah dan badan sampai cedera.
“Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di sebuah playground di Kota Damansara, lebih kurang pukul 4 ke 5 petang. “Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul saya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecerderaan pada wajah dan badan saya," katanya menerusi Instagram.
Namun dia bersyukur selamat dan anaknya dalam keadaan baik. “Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter!" Lufya turut menggesa para wanita untuk mempersiapkan diri dengan ilmu seni mempertahankan diri agar dapat melindungi keselamatan diri dan keluarga apabila berlaku situasi cemas. "Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya. "Syukur Alhamdulillah... Moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara yang keji. "Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya." -CARI |
makneng replied at 28-6-2022 07:51 PM
Eh berani2 dia sound jantan meleis dayus.. Kang kena serang dgn ongile porum si capilaton baru dia t ...
ADVERTISEMENT