Seperti yang kita semua tahu, TikTok adalah platform hiburan yang paling popular kini. Menerusi platform ini juga tercetusnya pelbagai trend terkini sehingga ramai mula terjebak untuk menghasilkan video dan konten. Namun jika platform ini digunakan dengan tujuan yang salah, ia akan memberikan nilai yang negatif kepada generasi muda.
Itulah yang terjadi dengan video yang tular baru-baru ini di platform Tiktok yang memaparkan aksi dua murid tadika cuba melakonkan trend sarung cincin. Menurut sumber, murid tersebut dikatakan telah disuruh oleh gurunya untuk membuat aksi sebegitu. Perbuatan guru tersebut jelas tidak disenangi oleh netizen dan guru itu dikecam dengan teruk sehingga dia telah deactivate akaun Tiktoknya.
Selain itu, seorang pakar motivasi iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah tampil untuk membincangkan mengenai isu tersebut. Menurut Akhi Fairuz, beliau berasa kesal dengan sikap guru berkenaan yang selamba menggunakan murid-murid sebagai content videonya demi meraih follower. Malah, Akhi Fairuz juga berkata guru itu juga seperti menggalakkan murid-murid untuk saling bersentuhan antara satu sama lain.
Walaupun terdapat sumber menyatakan bahawa dua murid itu adalah sepupu, namun Akhi Fairuz tetap mempersoalkan bentuk ajaran yang cuba disampaikan kepada mereka. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ibu bapa sangat marah dan mengutuk perbuatan guru tersebut.