Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz meluahkan rasa syukur apabila isteri, Norfarahin Mohd Roslan, 34, kini tampil ayu sopan dengan betudung litup baru-baru ini.
Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz,33, berkata, dia gembira seterusnya meminta doa baik-baik semua semoga isteri tersayang terus istiqamah. “Alhamdulillah siapa yang tidak gembira melihat perubahan yang sedemikian. Saya bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan. Anak ketiga kami pun baru berusia lima bulan. “Saya mengharapkan doa semua semoga diberikan kekuatan buat saya dan keluarga. Isteri bertudung atas kerelaan sendiri. Cuma saya sebagai suami titipkan pesan juga. Bukan saya yang minta, tapi ia adalah yang diperintahkan olehNya.
|
ADVERTISEMENT