CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlompat-Lompat Bila Idola Hulur Mic, Tak Sangka Khai Bahar Pun Teruja Jumpa Judika

28-6-2022 04:57 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2250| Komen: 12|Original author: Cinta Erina

Description: Lumrah sebagai seorang peminat, kita pasti akan teruja jika dapat bertemu dengan artis yang kita minati.
Sumber: Tiktok Adelina Ainuddin


Lumrah sebagai seorang peminat, kita pasti akan teruja jika dapat bertemu dengan artis yang kita minati. 

Sudah pasti momen itu akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan dilupakan. Lebih mengembirakan lagi apabila artis tersebut menegur kita seperti sudah lama berkawan dengan kita.


Sama seperti situasi dihadapi penyanyi Khai Bahar kerana terlalu teruja apabila dapat berjumpa dengan penyanyi kegemarannya iaitu Judika.

Momen itu dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Adelina Ainuddin. Menerusi posting itu, kelihatan Khair Bahar dan beberapa artis lain telah menghadiri sebuah pertunjukan kereta di Sepang. 

Ketika persembahan Judika berlangsung, kelihatan Khai tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila melihat penyanyi kegemarannya berada di depan matanya. Lebih mengharukan, penyanyi popular dari Indonesia itu juga sempat menghulurkan mikrofon kepada Khai sehingga membuatkannya terlompat-lompat gembira dan memeluk Nabil Ahmad. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat Khai sangat terhibur melihat gelagat penyanyi itu. Ada juga yang sempat berseloroh bahawa itulah reaksi yang akan ditunjukkan apabila Khai menghulurkan mikrofon kepada mereka. - CARI

Sumber: Tiktok Adelina Ainuddin


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KarinaKapur 28-6-2022 05:01 PM
Wani hasrita ke yg mula2 nak nyanyi tu .sian dia
Quote imransulaiman 28-6-2022 07:28 PM
Hahaha! Seronok betul dia! Aku terhibur! Hehe
Quote ashilalat 28-6-2022 07:32 PM
Aku plak yg eksaited tgk khai eksaited.

sian wani kena sailang dgn khai.
Quote spaniss 28-6-2022 08:42 PM
The way Judika excited tunjuk and sebut nama khai pastu dia perati je khai pusing dpn nk hulur mic : then lepas konsert terus Judika follow IG khai bahar..Judika pun xsangka mmg khai bahar dpn dia tu sbb dorg xsempat jumpa pun kat backstage tuk kenal2
Quote spaniss 28-6-2022 08:58 PM
Pastu zizan dgn nabil pun sangat supportive.. Bg semangat kat khai tuk g nyanyi.. Seronok tgk video tuh
Quote sukacactus 28-6-2022 09:35 PM
Npk happy betul dia
Aku yg nengok ni pulak senyum2 tgk org happy
Quote mizzmimi 28-6-2022 09:44 PM
Happy vibes.. tengok pon happy sama
Quote wtvmjls 28-6-2022 09:46 PM
spaniss replied at 28-6-2022 08:42 PM
The way Judika excited tunjuk and sebut nama khai pastu dia perati je khai pusing dpn nk hulur mic : ...

best sangat tengok. rugi betul melepas concert ni. kalau khai bahar sambung part yang namun harus tu mesti lagi bestt
Quote spaniss 28-6-2022 09:56 PM
wtvmjls replied at 28-6-2022 09:46 PM
best sangat tengok. rugi betul melepas concert ni. kalau khai bahar sambung part yang namun harus  ...

Tu la..xpuas.. Secoet sgt khai nyanyi pun.. Judika dr berdiri duk mencangkung terus dah nak dgr khai nyanyi panjang2.. Dia pun excited khai nyanyi.. I pegi tgr ni.. 8 lagu weh dia nyanyi non stop.. Free plak tuh
Quote esbok 29-6-2022 10:11 AM
simpan tepon lain kali. kalau sibuk rekod nampak tak enjoy 100 persen, kalau tak, dpt juga secebis lirik duet
Quote k0iZ0rA18 29-6-2022 10:55 AM
Nasiblah Judika kenal Khai kalau di hulur mic kat Hj Nabil mmg jahanam jadinya
Quote mizruncing 29-6-2022 11:11 AM
sian kt wany haha

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045609 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top