Dunia hiburan Indonesia kini heboh dengan khabar kehilangan salah seorang bintang mereka, Marshanda. Bukan hilang di tanah air sendiri, Marshanda sebaliknya didakwa telah hilang selama dua hari selepas tiba di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Khabar tersebut diumumkan oleh rakan Marshanda, Sheila Salsabila, melalui akaun media sosial pada Isnin sebelum ia menarik perhatian ramai. "Warga Indonesia hilang di Los Angeles, California, AS. Dia tengah berada dalam Manic Episode (Psikosis: Keadaan pikiran yang berubah-ubah - gangguan bipolar)," tulis Sheila dalam salah satu Instagram Story,” lapor CNNIndonesia.
Marshanda memang diketahui menghidap gangguan jiwa Bipolar dan baru baru ini mengaku berhadapan masalah kesihatan apabila didignos memiliki tumor payudara. Tak hanya itu, Sheila juga memohon bantuan Presiden Jokowi dan Joe Biden dalam usaha mencari Marshanda. "Mohon bantuannya Pak @jokowi, kemarin dia sebut nama Bapak dan presiden @joebiden," lanjut Sheila. Sheila kemudian memuat naik video terakhir bersama Marshanda yang dirakam satu hari sebelum sang artis dikhabarkan hilang. Dalam video tersebut, Marshanda tengah bersama Sheila dan seseorang bernama David di sebuah kenderaan. Namun, selepas heboh pemberitaan tersebut dilaporkan pelbagai platform media tempatan, Sheila baru memberi khabar terkini tentang Marshanda. Dia mengatakan Marshanda telah ditemukan setelah hilang selama dua hari. “Marshanda sudah ditemui. Tapi dia ditemui di kawasan yang sangat berbahaya dan terkenal dengan aktiviti dadah, rompakan, orang gelandangan serta pelacuran. “Tapi dia dalam keadaan baik saat ini,” katanya. Sumber: GEMPAK
|
ADVERTISEMENT