CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senyum Lebar! Peniaga Di Thailand Untung Besar, Pokok Ganja Laku Keras

28-6-2022 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 662| Komen: 0

BANGKOK: Seorang peniaga pokok ganja meraih keuntungan besar apabila perniagaannya semakin maju sejak kerajaan Thailand membenarkan orang ramai menanam pokok dadah itu di rumah.


Peniaga wanita yang dikenali sebagai Khamphai, 53, memberitahu, dia akan menolak troli yang membawa daun dan pokok ganja di Pasar Suwaphan setiap hari untuk dijual.

Katanya, sejak tiga hari lalu, dia menjual kira-kira 100 hingga 200 pokok ganja dengan harga 150-180 baht (RM18-RM22) setiap satu, mengikut saiz.


Foto: Utusan Online

“Saya mendapatkan bekalan pokok ganja dari wilayah Buriram di timur laut Thailand sebelum bawa ke daerah Ang Thong untuk dijual.


“Saya agak terkejut dengan sambutan orang ramai yang semakin banyak membeli pokok ganja untuk ditanam di rumah mereka,” katanya seperti yang dilaporkan TheThaiger.

Wanita itu juga memberitahu, keuntungan yang diraih dalam perniagaannya membolehkan dia menikmati kehidupan yang lebih senang berbanding pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Polisi kerajaan yang membenarkan rakyat negara ini menanam ganja di rumah secara tidak langsung menjadi sumber pendapatan saya.

“Kini, saya boleh menarik nafas lega selepas berdepan situasi sukar akibat pandemik sebelum ini,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.025676 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top