CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazrief Nazri Bengang Penunggang Motosikal Tunjuk 'F*ck' Gara-Gara Kena Hon Dua Kali

28-6-2022 12:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2694| Komen: 22|Original author: Tatod

Sumber IG


Pelakon, Nazrief Nazri meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap biadap penunggang motosikal yang berlagak samseng dengan menunjukkan isyarat lucah.

Nazrief, 31, menceritakan insiden berkenaan berpunca selepas dia membunyikan hon sebanyak dua kali kepada sepasang suami isteri menaiki motosikal yang tidak menyedari lampu isyarat sudah pun bertukar hijau kerana rancak bersembang.

Kata Nazrief, selepas dua kali membunyikan hon, penunggang motosikal tersebut mengejarnya lalu mengacungkan jari tengah sambil menjerit-jerit memarahinya.



"Dekat lampu isyarat, ada satu pasangan ni bersembang atas motor sampai tak perasan lampu dah lama hijau. Saya bunyikan hin sekali isyarat suruh jalan tapi isteri dia buat muka sambil mengomel marah sebab saya hon.

"Saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih berhati-hati sewaktu menunggang motor dan minta maaf. Agaknya, lelaki tu tak puas hati sebab saya hon kali kedua, dia kejar kereta saya sambil jerit dan tunjuk isyarat fuck," coretnya di Instagram.


Berkongsi video kejadian itu di Instagram, kata Nazrief, dia menyuruh isterinya, Aizatul Aqma, 28, untuk merakamkan insiden itu sebagai langkah keselamatan kerana anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang.

"Saya malas nak layan dan teruskan perjalanan macam biasa tapi lelaki itu masih follow kereta kami. Masa inilah saya suruh isteri keluarkan phone sebagai langkah keselamatan. Sampai satu trafik lampu merah, lelaki tu ketuk cermin kereta saya dan marah-marah tak puas hati.


"Memikirkan niat nak bawa anak bini berjalan dekat taman, saya rendahkan ego dan minta maaf supaya tak nak keruhkan keadaan," tulisnya yang mengharapkan agar semua pengguna jalan raya mengamalkan sikap sopan-santun. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote electricopop 28-6-2022 12:58 PM
Pastu nyah??
Quote musangbodoh 28-6-2022 01:15 PM
video mn nk gak tgk....alah baru tunjuk jari tgh dh kte samseng...........
Quote Supersirap 28-6-2022 01:27 PM
Pentingnya ada sikap toleransi sesama insan
Quote KamikuP 28-6-2022 02:39 PM
Hoh dia ni ke? Tengok muka dia terinagt dia catwalk pakai spender.. bertabahlah nak...
Quote mawarkhayalan99 28-6-2022 03:22 PM
bini dia lepas buat muka baru nampak cantik sikit
Quote prince_marhaen 28-6-2022 03:53 PM
antara retis laki yang handsome, tapi turn off sebab kuat merempan..semua benda nak komplen & merempan... asal post je mesti feeling terpalingggg......betul & kekonon dia good-good.
Quote jalfa 28-6-2022 03:56 PM
Dah mintak maaf lepas tu post kat socmed mintak netz kutuk ya
Quote nakkomenjugak 28-6-2022 05:05 PM
buat je tanda efff balik
Quote alieyrina 28-6-2022 05:42 PM
Nak besembang dudukla tepi..tunggu 8x hijau baru jalan pun org tak kisah. duduk depan kereta org pastu buat terhegeh hegeh memang memintaklah
Quote epal21 28-6-2022 07:24 PM
alieyrina replied at 28-6-2022 09:42 AM
Nak besembang dudukla tepi..tunggu 8x hijau baru jalan pun org tak kisah. duduk depan kereta org pas ...

Setuju. Lepas tu bila org hon, marah pulak. Iols baru je kena tadi.Habis tu nak kena gilis ke kaki tu, abg moto? Bukannya hon panjang pun, hon sekali je nak alert kan dia. Habis tu takkan nak buat turun tingkap minta permisi bang, saya nak lalu.
Quote kiah_mai_pulak 28-6-2022 07:28 PM
dah tu, acik2 dlm ni nk kena menggelabah tetksssss ke tak dgn berita ni?
Quote tahanie 28-6-2022 07:44 PM
Seriyus ke nama bini dia seperti ig handle?
Quote CikYaYaYa 29-6-2022 03:51 AM
Takott tengok mukaa binik diaa yang pic all black tu
Quote dekmieDandy 29-6-2022 08:46 AM
dulu-dulu aku pun bengang kalau kena jari tengah or kena hon dengan terpaling pengunggang motor ni

sekarang aku bolayan je

ko nak hon, ko hon jelar, nak bagi jari tengah, bagi jelar

tapi kalau kat KL la
Quote chilly 29-6-2022 09:36 AM
Kata taknak keruhkan keadaan. Tapiii, haihhhh nak mencarut tapi kena sabarrrr
Quote AshkieLa 30-6-2022 12:36 PM
"Saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih berhati-hati sewaktu menunggang motor dan minta maaf. Agaknya, lelaki tu tak puas hati sebab saya hon kali kedua, dia kejar kereta saya sambil jerit dan tunjuk isyarat fuck," coretnya di Instagram


tak habis2 bajet good2 ko ni.. hon sekali je sudah.
yang ko nak good2 fefeeling nak educate pulak org tu smpai hon kali ke 2 dah kenapa...
cuba ko kat tempat couple motor tu plak ape rasa stranger nak sekolahkan ko smpai hon 2x... tercabar tak?
Quote AWEKSAMURAI 30-6-2022 01:22 PM
musangbodoh replied at 28-6-2022 01:15 PM
video mn nk gak tgk....alah baru tunjuk jari tgh dh kte samseng...........

Ko kena tgok video tu bru ko rasa nk terajang muka mamat yg tunjuk jari tgh tu
Quote NonaNaga 30-6-2022 01:34 PM
hal peribadi jer ni...nak bg tau satu mesia..
Quote sleepandream 30-6-2022 01:54 PM
kkdg motor rosak noks dekat simpang... enjin mati.... husnuzonnnnn

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061835 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top