Sumber IG
Pelakon, Nazrief Nazri meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap biadap penunggang motosikal yang berlagak samseng dengan menunjukkan isyarat lucah.
Nazrief, 31, menceritakan insiden berkenaan berpunca selepas dia membunyikan hon sebanyak dua kali kepada sepasang suami isteri menaiki motosikal yang tidak menyedari lampu isyarat sudah pun bertukar hijau kerana rancak bersembang.
Kata Nazrief, selepas dua kali membunyikan hon, penunggang motosikal tersebut mengejarnya lalu mengacungkan jari tengah sambil menjerit-jerit memarahinya.
"Dekat lampu isyarat, ada satu pasangan ni bersembang atas motor sampai tak perasan lampu dah lama hijau. Saya bunyikan hin sekali isyarat suruh jalan tapi isteri dia buat muka sambil mengomel marah sebab saya hon.
"Saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih berhati-hati sewaktu menunggang motor dan minta maaf. Agaknya, lelaki tu tak puas hati sebab saya hon kali kedua, dia kejar kereta saya sambil jerit dan tunjuk isyarat fuck," coretnya di Instagram.
Berkongsi video kejadian itu di Instagram, kata Nazrief, dia menyuruh isterinya, Aizatul Aqma, 28, untuk merakamkan insiden itu sebagai langkah keselamatan kerana anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang.
"Saya malas nak layan dan teruskan perjalanan macam biasa tapi lelaki itu masih follow kereta kami. Masa inilah saya suruh isteri keluarkan phone sebagai langkah keselamatan. Sampai satu trafik lampu merah, lelaki tu ketuk cermin kereta saya dan marah-marah tak puas hati.
"Memikirkan niat nak bawa anak bini berjalan dekat taman, saya rendahkan ego dan minta maaf supaya tak nak keruhkan keadaan," tulisnya yang mengharapkan agar semua pengguna jalan raya mengamalkan sikap sopan-santun. -CARI
|