CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Terlalu Banyak Mayonis Dalam Sandwich, Pelanggan Tembak Mati Pekerja Restoran

28-6-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2695| Komen: 43

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden seorang pelanggan menembak mati seorang pekerja restoran Subway kerana meletakkan terlalu banyak mayonis pada sandwicnya.


Kejadian mengejutkan itu berlaku di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada lewat petang Ahad (26 Jun).

Polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke tempat kejadian dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mati, manakala seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah.

Foto: Daily Star

Seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditahan berhubung kejadian itu.

"Percaya atau tidak, ia adalah (disebabkan) terlalu banyak mayonis pada sandwicnya," kata pemilik cawangan Subway, Willie Glenn kepada Fox 5 Atlanta.

Glenn menambah bahawa anak lelaki kepada pekerja yang cedera parah itu, yang berusia lima tahun, berada di Subway ketika kejadian.

Ujarnya, pengurus yang bertugas cuba membalas tembakan pelanggan tersebut namun tersasar.

Pemangku Ketua Polis, Darin Schierbaum mengesahkan kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati sebelum berlakunya insiden tembakan.

"Kita boleh menumpaskan operasi dadah yang membiakkan jenayah, kita boleh membongkar organisasi kumpulan, kita boleh menghalang rompakan, tetapi kita tidak boleh menghalang seseorang yang marah kerana terdapat terlalu banyak mayonis pada sandwic mereka," katanya. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zh86 28-6-2022 11:04 AM
Dunia kini makin scary ????
Quote shernazz 28-6-2022 11:11 AM
Subway bukan buat ikut kita request ke
Bukan ready made...
Boleh bgtau kan takmau banyak2
Quote venom1 28-6-2022 11:14 AM
ah sudah..jangan berlaku kat Malaysia takut makcik jual nasi lemak kena tembak sebab sambal pedas sangat
Quote sukacactus 28-6-2022 11:41 AM
shernazz replied at 28-6-2022 11:11 AM
Subway bukan buat ikut kita request ke
Bukan ready made...
Boleh bgtau kan takmau banyak2

Agaknya dah request xnak byk tp mangsa xleh nak concentrate keje sebab ank dia pun ada skali situ
Itu yg menambah kegeraman rasanya
Quote shernazz 28-6-2022 11:42 AM
sukacactus replied at 28-6-2022 11:41 AM
Agaknya dah request xnak byk tp mangsa xleh nak concentrate keje sebab ank dia pun ada skali situ
...

Haah maybe juga kan
Umo 5 tahun mmg banyak kerenahnya..
Adoi..serem plak iols...
Quote shernazz 28-6-2022 11:43 AM
venom1 replied at 28-6-2022 11:14 AM
ah sudah..jangan berlaku kat Malaysia takut makcik jual nasi lemak kena tembak sebab sambal pedas sa ...

Udah dikata sambal asing
Tak mau juga diasingkan
Kemungkinan nak kena tembak tu beso lah
Quote venom1 28-6-2022 11:44 AM
shernazz replied at 28-6-2022 11:43 AM
Udah dikata sambal asing
Tak mau juga diasingkan
Kemungkinan nak kena tembak tu beso lah

mintak dijauhkan la..kang tak pasal2 tak ada makcik jual nasik lemak lepas ni
Quote shernazz 28-6-2022 11:46 AM
venom1 replied at 28-6-2022 11:44 AM
mintak dijauhkan la..kang tak pasal2 tak ada makcik jual nasik lemak lepas ni

Silap2 acik nasi lemak semua pakai grab lalamove shopeefood n food panda
Semua operasi dari rumah
Quote venom1 28-6-2022 11:48 AM
shernazz replied at 28-6-2022 11:46 AM
Silap2 acik nasi lemak semua pakai grab lalamove shopeefood n food panda
Semua operasi dari r ...

tak pasal2 brader lalamove dengan FP kena tembak pulak haha
Quote Simunggu 28-6-2022 11:50 AM
pasal tu ja tembak org mati??? betul betul zalim
Quote azie5zoe 28-6-2022 12:00 PM
Kalau sipenembak tu duduk negara kita, dah ramai pengusahan kedai makanan mati kena tembak dah.
Quote pooh~key 28-6-2022 12:05 PM
azie5zoe replied at 28-6-2022 12:00 PM
Kalau sipenembak tu duduk negara kita, dah ramai pengusahan kedai makanan mati kena tembak dah.

Akak faham kau punya perli ni sis. Nice one sis.
Quote Artemesiaa 28-6-2022 12:05 PM
Dah makin macam wild wild west dah mereka kat sana tak kena dihati je terus ambil tindakan sendiri
Quote namieamuro 28-6-2022 12:08 PM
hnye sbb mayonis je
Quote pooh~key 28-6-2022 12:09 PM
Artemesiaa replied at 28-6-2022 12:05 PM
Dah makin macam wild wild west dah mereka kat sana tak kena dihati je terus ambil tindakan sendiri

Ekceli benda ni akak rasa jah kat malaysia ni sis. Tinggal kita tak ada pistol jah sis. Kalau kau hari2 drive, lagilah kau akan kerap nampak macam mana eager nya rakyat malaysia nak killing each other sis, lately ni sis.

So akak come with a theory conspiracy lah khen sis, which is akak syak vaksin covid menjadi punca ummah mengganas sis.
Quote mizruncing 28-6-2022 12:18 PM
wehhh bodoh nyaaa. mayonis sedap kot
Quote imanjannah 28-6-2022 12:22 PM
siannya
Quote shernazz 28-6-2022 12:27 PM
venom1 replied at 28-6-2022 11:48 AM
tak pasal2 brader lalamove dengan FP kena tembak pulak haha

Hahaha
Terus ramai brenti jadi rider
Quote azie5zoe 28-6-2022 12:39 PM
pooh~key replied at 28-6-2022 12:05 PM
Akak faham kau punya perli ni sis. Nice one sis.

Terima kasih kerana memahami. Sebab nak senaraikan kelemahan dan kekurangan dan 'keterlebihan' kedai-kedai makan kat tempat kita, panjang berjela sangat. Contohnya makan tomyam yang lebihnya serai.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.045335 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top