Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan 62 notis terhadap pemilik unit yang melakukan ubah suai dan membina struktur tambahan tanpa kebenaran di Flat PKNS AU3, Taman Keramat di sini.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, Notis 72(1) Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) dikeluarkan Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguat Kuasa MPAJ menerusi rondaan dan pemantauan yang dijalankan pada 1 Jun lalu. Menurutnya, ubah suai dan tambahan struktur itu juga melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan syarat tanah hak negeri.
"Kesemua unit berkenaan perlu membuka struktur tambahan yang telah dibina dalam masa yang ditetapkan dan kos adalah atas tanggungan pemilik sepenuhnya, sebelum tindakan lanjut akan diambil oleh pihak MPAJ," katanya dalam kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, tindakan notis tersebut adalah susulan tindakan penguatkuasaan terhadap isu meroboh binaan struktur tambahan sebuah unit kawasan flat sama yang turut dikenali Flat UTM AU3 pada 25 Mei lalu yang tular di media sosial. Tambahnya, notis dikeluarkan terhadap 58 unit di tingkat bawah dan empat unit di tingkat satu atas kesalahan penambahan struktur dinding kekal, memasang awning serta pagar dan binaan tempat letak kereta di atas tanah kerajaan. "MPAJ ingin menegaskan bahawa tindakan mengubah suai struktur sedia ada atau menambah struktur binaan di bahagian tepi dan belakang kediaman berstrata seperti flat, pangsapuri dan kondominium adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan," katanya. Sementara itu memetik laporan The Star, Ahli Majlis MPAJ, Anfaal Saari berkata, kira-kira 100 penduduk telah meminta surat sokongan daripadanya untuk memohon penangguhan penguatkuasaan tersebut. Katanya, antara alasan aktiviti ubah suai itu disebabkan keluasan unit dua bilik yang dibina pada tahun 1980-an itu sempit. Tambahnya, rayuan daripada penduduk tersebut akan dipanjangkan kepada MPAJ untuk pertimbangan. Sumber: Sinar Harian
|
Shazid replied at 28-6-2022 11:06 AM
Perghhh....umah teres tu mcm mn boleh lulus ek. Ade tgk kt tiktok, pakcik india tu rumah die smpi re ...
alieyrina replied at 28-6-2022 01:17 PM
Tmn aku ada 2,3 bijik reno buat mcm ni. Kereta masing2 park tepi jalan. Jln jadi Sempit kut.
Bukan n ...
cikatilia replied at 28-6-2022 10:21 AM
rumah teres pon kena tgk gak
asal umah teres di renovate sampai jadi rumah agam amenda...
siap jarak ...
kelip2_07 replied at 28-6-2022 04:50 PM
sebenarnye bkn dok flat jer ade mslh parking..umah teres lg stress dh la renovate beriye parking d ...
cikatilia replied at 28-6-2022 05:07 PM
ye weh....
dah rumah dia maximum kawasan buat rumah sampai takde basi..
reserved utk longkang pon ...
gekkou replied at 28-6-2022 06:38 PM
aku duduk flat 5 tingkat kat KL
bawah rumah aku adalah pekerja majlis perbandaran
ada few jiran pali ...
cikatilia replied at 28-6-2022 10:21 AM
rumah teres pon kena tgk gak
asal umah teres di renovate sampai jadi rumah agam amenda...
siap jarak ...
ADVERTISEMENT