CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Zara Zya Manis Orangnya' - Shuib

28-6-2022 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4709| Komen: 23

Pelawak Shuib menyifatkan pelakon Zara Zya seorang insan yang manis paras rupa dan baik budi pekerti.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkata, dia menyedari usaha dan percubaan warga maya untuk 'menjodohkannya' dengan beberapa rakan industri sejak isterinya, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia.


Kredit foto: IG Zara & Shuib

"Zara Zya….manis orangnya… Itulah saja apa boleh saya ulas mengenainya. Tiada apa lagi yang boleh dikongsikan pada ketika ini.

"Saya maklum netizen dan orang ramai ingin 'kenenkan' saya dengan rakan industri dan sebagainya. Namun, apa yang boleh saya katakan belum masanya lagi.


"Tidak manis rasanya untuk sering berbicara mengenai perkara ini memandangkan arwah (Siti Sarah) meninggal dunia belum setahun lagi," katanya.

Sebelum ini, Zara Zya memohon doa semua apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak, Shuib menjadi viral.


Kredit foto: IG Shuib

Malah, netizen seakan-akan merestui hubungan mereka dan mahu menjodohkan kedua-dua selebriti itu. Zara turut memuat naik paparan skrin artikel mengatakan netizen suka melihat mereka berdua di TikTok.

Terdahulu, Sarah melahirkan cahaya mata keempatnya menerusi pembedahan pada 6 Ogos tahun lalu dan diberi nama Ayash Affan.

Sarah disahkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 9 Ogos tahun lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 28-6-2022 09:41 AM
"Tidak manis rasanya untuk sering berbicara mengenai perkara ini memandangkan arwah (Siti Sarah) meninggal dunia belum setahun lagi," katanya.


tapi ko yg mengundang shuib oiii. cukup2 la dah la kunci la mulut tu. asyik cerita pasal kahwin pengganti je. klu ko x mula dulu x ada la org bcerita.
Quote babelina 28-6-2022 09:49 AM
adoiiii.. x hbs2 ko nie.. udah2 la gosip mcm nie.. geli geleman dh nie..
Quote wolfheart 28-6-2022 09:54 AM
Cukup, shuib. Lepas ni kalau org tanya pasal jodoh baru, jawab 'no komen' sudah. Tak payah minta org dookan ke apa. Cukuplah. Yg nak doakan akan tahu doakan sendiri dan yg tak nak doakan pula tetap tak akan doakan walau kamu merayu sekalipun. No komen.
Quote bukannasigoreng 28-6-2022 10:04 AM
kenapa dia ni sebenarnya?
Quote Cokoro 28-6-2022 10:06 AM
Cukuppppp
Quote nanasno 28-6-2022 10:07 AM
tolong la. geli la mcm hensem nor engko orang nak kenen2 kan nye .plis la. ini ko saja mengundang.
Quote kessah 28-6-2022 10:21 AM
plzzzz laaaaa, hegeh sgt ko asik nk gossip pasal next bini jeeee... netizen pon x heran la.
Quote ezacbee 28-6-2022 10:26 AM
Elok la klo dijodohkan dorang ni.. Dah kawen nanti harap2 lenyap trus cam retis sorang tu..
Quote stania83 28-6-2022 12:47 PM
iols rasa zara zya sesuai sbb dia pon gila gila kelakar, karakter tak lari la dari shuib
Quote Nham22 28-6-2022 12:53 PM
Yg penting ko betol2x boleh move on.. Itu ja...
Quote sudirmanistas 28-6-2022 12:59 PM
Kalau ada jodoh, apa salahnya.
Quote SANKURIANG 28-6-2022 01:05 PM
Apa agaknya dialog yg sesuai ya utk Zara bila dia pandang Eb camtu.....
Quote ketambangkang 28-6-2022 03:21 PM
ko dh hensem dh kaya...opkos la ramai pompuan nak...cuba masa zmn ko bersepai ngn sepah dulu
Quote mawarkhayalan99 28-6-2022 03:24 PM
tak habis lg ke cite ko ni sueb. ko senanya nak kawin sgt kan
Quote mawarputih2612 28-6-2022 03:25 PM
muka biasa tapi sebab kaya, semua orang pandang
Quote CariMalay 28-6-2022 05:44 PM
stania83: iols rasa zara zya sesuai sbb  ...
betul      
Quote sayawifenikmie 28-6-2022 05:48 PM
.. padan lah dua ni
ZZ tu pun muka biasa biasa
nampak baik
nampak mcm boleh jadi ibu ygbaik buat anak2 soeb dan arwah

cuma
mungkin soeb ni nak try cari yg lawaaaa seswai dengan ketebalan poket beliyau
Quote Redmyvi 28-6-2022 05:52 PM
apa nie cerita pasal duda ja.. kalau tk suib, nanas tak pun pak jeri.. aduhhh
Quote mojarean_X 28-6-2022 09:25 PM
Ok. I approve kalo ZZ. ZZ pun nmpk baik walaupun tegas.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.071662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top