Tular sebuah video pertelingkahan antara seorang lelaki dengan seorang pekerja wanita yang berlaku di sebuah pasar raya.
Menerusi perkongsian Muhammad Hafiz di Facebook kelmarin, lelaki tersebut dilihat menengking pekerja terbabit sambil menunding jari ke arahnya. Bagaimanapun, situasi tegang itu berjaya diredakan beberapa individu lain. Namun, punca kejadian belum dapat dipastikan manakala insiden itu masih menjadi tanda tanya orang ramai dan pelbagai spekulasi diberikan berhubung insiden tersebut.
“Ini mesti kes bengang minyak masak paket habis dekat pasar raya, terus dimarah pekerja yang ada,” komen seorang pengguna. “Orang kita sekarang ini, masalah sikit mesti nak marah, mengamuk, susah sangat nak cakap baik-baik, berbincang, tengok pekerja wanita itu macam dah berusia, kesian nampak nak menangis wajahnya bila kena herdik macam itu,” kata pengguna lain. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
takayama replied at 28-6-2022 07:51 AM
aiyoooo klu dah hbs kat situ carilah tempat lain
awatnya smp nak marah2, kesian kt staff tu x memsl ...
KamikuP replied at 28-6-2022 10:26 AM
Bifoti bila dah marah jgn buat main yaachhh
pooh~key replied at 28-6-2022 02:43 AM
Or else what sistah? Weols bifoti ni mampu ke nak hire lawyer sis? kohkohkohkoh.
KamikuP replied at 28-6-2022 11:13 AM
Iolls bukan cyst, iolls bro yaach
namieamuro replied at 28-6-2022 11:26 AM
sikit2 nk ngamok ngalahkan pompuan piyed. cabot jela kopiah tu. memalukan.
ADVERTISEMENT