CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Alhamdulillah Sentiasa Bersyukur" - Sheila Rusly Bahagia Dengan Kehadiran Cucu Sulung

28-6-2022 07:59 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3176| Komen: 12|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Sheila Rusly


Baru-baru ini, Sheila Rusly memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dirinya sedang memdukung cucu sulungnya iaitu Bunga Elhaq.

Kepada yang tidak tahu, Bunga merupakan anak kepada Uzair Haqimy dan Elisya Sandha yang dilahirkan pada 18 Jun lalu. 

Menerusi video itu, kelihatan Sheila sedang mendodoikan cucunya sambil mendendangkan sebuah lagu. 



Jelas kelihatan bahawa kelahiran Bunga telah menambahkan lagi kebahagiaan Sheila sekeluarga. Pastinya Bunga sangat disayangi lagi-lagi apabila Bunga merupakan cucu sulung dalam keluarga Sheila.

Walaupun wajah Bunga masih belum ditunjukkan kepada umum, namun penulis pasti Bunga seorang bayi yang sangat comel.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis sangat teruja melihat Sheila bersama dengan cucu sulungnya itu. Semoga Bunga membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah. - CARI

Sumber: Instagram Sheila Rusly


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote innocent_me 28-6-2022 09:11 AM
bertuah kau dik, dapat nenek sis 'terpaling'.
nanti dah besar mesti kau nk makan apa nak beli apa semua dapat.
Quote KBW2 28-6-2022 09:12 AM
Mesti terpaling nenek ni
Quote adeqbun 28-6-2022 09:33 AM
oklah..memula skeptikel gak...tp nmpk diorg sgt2 happy dan saling menyayangi....kite meraikan je kebahagiaan org lain..
Quote babelina 28-6-2022 09:52 AM
Ya Allah serius bertuah elisya ngn ank dia dpt keluarga mcm nie.. rezki Allah.. touching sgt aku tgk.. moga sentiasa dikurniakn keharmonian dan muafakat.. amin yra..
Quote nanasno 28-6-2022 10:08 AM
ini kalau elisya nak pindah kuar rumah ni mesti cyst membangkangg. mcm ada feeling je cyst nak anak menantu dok bawak ketiak sheols.
Quote kessah 28-6-2022 10:13 AM
Best la mesti nenek masakkan sedap2... beli baju branded ,mainan byk2...

semoga berbahgia elisya dan shuben
Quote pembacagosip 28-6-2022 10:17 AM
nanasno replied at 28-6-2022 10:08 AM
ini kalau elisya nak pindah kuar rumah ni mesti cyst membangkangg. mcm ada feeling je cyst nak anak  ...

kan, sbb nanti mesti dia sunyi. so semua kena stay ngn dia la. lagipun anak x ramai. 2 je
Quote midori_katana 28-6-2022 01:16 PM
kalau mentua baik, ipar duai baik, apa salahnya dok sekali.
Quote wallflower 28-6-2022 01:25 PM
midori_katana replied at 28-6-2022 01:16 PM
kalau mentua baik, ipar duai baik, apa salahnya dok sekali.

Aah. X mustahil rasa rilek je dok dgn mentua. Dah elisya pon biasa duduk ramai2 dgn family sebelum ni. Lain le mentua pelik2 mcm kat forum FD tu. Yg buat menantu mkn hati.
Quote Fly_over 28-6-2022 01:31 PM
kehadiran elisya mewangikan family ni.
Quote KamikuP 28-6-2022 02:37 PM
innocent_me: bertuah kau dik, dapat nenek sis 'terpaling'.nanti dah besar mesti kau nk makan apa nak beli apa semua dapat.


Pasni tak panngil cyst dah kan.. mesti panggil nenek cyst.. ekekeke
Anyway apa jadi kat FB cyst ni 'Resepi Sheila Rusly'? Dah ke kuburan kah fb itu?
Quote azimodin 28-6-2022 04:37 PM
Mungkin cyst ni dengan irang luar je kerek tapi dengan menantu baik. Alhamdulillah la dapat mak mertua yg sayang menantu macam anak sendiri & menghormati cara besan besarkan anak. Kebanyakan mak mertua anggap menantu macam pesaing, tu yg jadi huru hara

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.124405 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top