CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengarut Ayam RM15 Sekilo, Penternak Pun Risau Ayam Tak Laku Kalau Mahal – FLFAM

27-6-2022 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1703| Komen: 17

Isu harga ayam yang banyak dibincang dan diperkatakan oleh orang ramai dengan pelbagai versi yang menakutkan memberi implikasi yang tidak sihat kepada industri ini.


Sedangkan, para penternak ayam juga terkesan dengan isu kenaikan kos yang membebankan hingga menyebabkan banyak operasi ladang ternakan terjejas.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Datuk Jeffrey Ng kesal kerana terlalu banyak spekulasi tentang harga ayam selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan penamatan Penentuan Harga Maksimum Ayam baru-baru ini.


Foto: Utusan TV


“Terlalu banyak spekulasi…ada yang kata harga ayam akan dipasarkan sehingga RM15 sekilogram. Ini semua mengarut.

“Sedangkan kami juga bimbang jika harga ayam terlalu tinggi, pengguna akan berhati-hati dalam berbelanja yang akhirnya kami juga yang rugi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jeffery berkata, penternakan ayam adalah industri matang di negara ini dan sepatutnya rakyat tidak perlu rasa sangsi kepada penternak-penternak ayam domestik.

Selama ini, industri ayam sentiasa mematuhi dan akur peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan tanpa syarat, jelasnya.

“Kami adalah peniaga berisiko, kalau jual mahal orang tak beli. Tapi kalau semua (kos) naik tapi jual pada harga sama, kami pula yang rugi,” ujarnya.

Malah, dalam pertemuan dan perbincangan dengan KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) baru-baru ini, katanya, FLFAM tidak membuat banyak tuntutan kecuali memohon kerajaan memahami keperitan dan bebanan yang perlu ditanggung oleh penternak disebabkan kenaikan kos.

Kos yang ditanggung bukan sekadar kenaikan harga dedak tetapi juga kos buruh susulan kenaikan gaji maksimum.

“Sebagai timbal balas, FLFAM pula berjanji penternak-penternak yang telah tutup atau memperlahan aktiviti di ladang akibat tidak mampu tanggung rugi akan kembali semula seperti biasa supaya bekalan (ayam) dalam negara tidak terjejas,” ujarnya.

Pada masa sama, Jeffery meminta para peniaga lebih bertanggungjawab dengan tidak mengaut keuntungan kerana tindakan itu memberi kesan kepada rantaian industri.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 27-6-2022 07:16 PM
Tak habis2 harga ayam.
Tak mampu tak usah beli.....makan je la benda lain.
Aku tak kaki ayam......aku suka seafood.
Tapi harga ya Allah.
Ikan merah,  jenahak,  tenggiri = RM50/kilo
Udang = RM55/kilo
Sotong = RM45/kilo
Kurau = RM80/kilo
Lain2 ... ...tak kurang RM20/kilo
Aku nak buat aduan kat siapa?  Sekarang gi pasar habis RM250 seminggu.  Itupun beli sikit2

Quote capiloton 27-6-2022 08:56 PM
Edited by capiloton at 27-6-2022 09:00 PM

kita dah masuk era survival of the fittest.
lepas ni bahan api dan utlities akan naik harga,
n then makanan akan bertambah naik lagi harga,

siapa yang manja, bendul, tak kreatif dan hanya tahu komplen,
bakal terciduk  



Quote vespa_oren 27-6-2022 09:09 PM
batu kikir replied at 27-6-2022 07:16 PM
Tak habis2 harga ayam.
Tak mampu tak usah beli.....makan je la benda lain.
Aku tak kaki ayam...... ...

tempat aku harga ko sebut tu separuh harga
ahad hari tu beli seekor tenggiri dan nyok2
sekilo rm17, balik goreng makan ikan fresh blm kne ais
Quote gigahertz 27-6-2022 09:27 PM
capiloton replied at 27-6-2022 12:56 PM
kita dah masuk era survival of the fittest.
lepas ni bahan api dan utlities akan naik harga,
n then  ...

kita ni hari maintain apa yang ada je
nasib baik Highway PLUS tu projek 1980an
kalau zaman sekarang baru nak laksana PLUS highway
mati la.
Quote batu kikir 27-6-2022 10:47 PM
vespa_oren replied at 27-6-2022 09:09 PM
tempat aku harga ko sebut tu separuh harga
ahad hari tu beli seekor tenggiri dan nyok2
sekilo rm1 ...

Weii.............Kat mana ni vespa oren.
Sabah? Sarawak? atau Langkawi?
Quote vespa_oren 28-6-2022 05:06 AM
batu kikir replied at 27-6-2022 10:47 PM
Weii.............Kat mana ni vespa oren.
Sabah? Sarawak? atau Langkawi?

Sabah bang

Quote naina 28-6-2022 06:17 AM
Takyah lah ikut harga semasa
Penjual boleh memilih untuk murahkan harga kan
Penternak boleh bajet kan
Asal ayam laku je
Quote mejaputih 28-6-2022 06:35 AM
Adeh awat mahal sgt harga ayam ni? - interview with bbnu yg baru kuar dari wayang tgk citer mat kilau sambil pgg cawan tealive.
Quote shernazz 28-6-2022 06:56 AM
Smalam beli ayan 2 ekor rm40
Tu kat kedai runcit area taman ..
Sebelum tu gi kat aeon big..hanya ada ayam organik saja..
Mostly orang lalu je situ sebab ayam tu mahal sgt..hahahah....
Nutriplus punya ayam..
Quote tomiko_haza 28-6-2022 09:05 AM
jadi vegetarian jela lepas nih hehe
Quote tomiko_haza 28-6-2022 09:05 AM
jadi vegetarian jela lepasni.
Quote tomiko_haza 28-6-2022 09:06 AM
jadi vegetarian jela lepasni.
Quote Prickford 28-6-2022 09:12 AM
batu kikir replied at 27-6-2022 07:16 PM
Tak habis2 harga ayam.
Tak mampu tak usah beli.....makan je la benda lain.
Aku tak kaki ayam...... ...

Weekend hari tu beli udang medium size dekat Lotus, sekilo RM23.

Quote mdhelmi 28-6-2022 09:17 AM
jangan risau
pasal harga barang dengan harga minyak akan ada hero nanti sebelum PRU
kalau tak menifesto tak tau nak letak ape
Quote mamaazim 28-6-2022 09:54 AM
time ayam tak naik harga hari tu ayam pun tak ada kat kedai ni bila dah naik harga skrg smpai petang pun ayam ade je kat kedai tu banyak pulak... ni minyak pulak ha 2 kilo pun tak ada kat kedai.. nak tunggu naik harga nanti tengoklah penuh kat kedai tu..
Quote akusukaq 28-6-2022 10:37 AM
capiloton replied at 27-6-2022 08:56 PM
kita dah masuk era survival of the fittest.
lepas ni bahan api dan utlities akan naik harga,
n then  ...

Aku happi je, lagi byk puasa sunat boleh buat. Tambah ibadah , badan pun jd lg fit. Ayam , minyak naik bukan masalah bagi aku . Aku pun tak suka ayam, famili aku lagi suka makan telor , kekacang dan ikan.
Quote jalfa 28-6-2022 10:41 AM
Dah lama tak beli ayam..kalau beli pon yg dah siap frozeen atau lauk ayam siap dimasak..nak beratur beli ayam memang tidak..dah tua tua ni bau ayam je bikin turnnoff

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.373965 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top